Wednesday, June 15, 2011

Kehilangan orang yang sangat mencintainya....

jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ianya akan menghancurkan perasaannya...

jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan adalah kepalsuan belaka....

perkara yang paling kejam adalah dengan membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya......
 
Al-kisah.........

suatu hari seorang yang sedang putus cinta menangis di taman. datang seorang cikgu padanya lalu bertanya... 'kenapa kamu menangis'..?

orang itu menjawab 'aku sangat sedih, kenapa dia pergi meninggalkan aku'....

lalu cikgu itu tertawa dan sambil berkata 'kamu sangat bodoh sekali'......

lalu orang itu bertanya kembali.. 'kenapa kamu kata begitu padaku? aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah jika kamu tidak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakan aku ini'..

'bodoh!! kamu tidak perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia'... kata cikgu itu kepadanya...

'kenapa pula dia harus bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku..?'

kata orang itu 'kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK menyintai dirimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT menyintainya..' jawab cikgu itu padanya..

jangan tertarik seseorang pada parasnya, kerana rupa parasnya mampu menyesatkan kamu. jangan pula tertarik pada kekayaan, kerana kekayaan itu akan musnah. Tertariklah pada seseorang yang dapat membuatmu Tersenyum. Hanya Senyum yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah..




No comments:

Post a Comment