Wednesday, August 31, 2011

ceritera rayerr....

yeahh... berjumpa lagi kita pada pagi syawal ke-3... rayer oohh rayer.... tahun ni merupakan rayer yang paling seronok aku rase... sehari sebelum rayer kene kejer.... memang masa tu la nak kene handle vendor buat keje pulak... adehhh~~ cobaan-cobaan.... penat + pose + kerenah vendor lagi... hanye tuhan he la yang tau...

malam rayer pulak baru gerak balik kampung... sampai kampung pulak memang betul-betul malam rayer... rayer pertama melayan tetamu... memang rumah aku kat kampung tu kene serang bertubi-tubi... penat-penat... sampai ke malam pulak tu kampung aku kene serang... rosgahh-rosgahh....

rayer ke-2 aku pulak serang rumah sedare-mare, sepupu-sepapat.... sampai maghrib gak laa...

yang tak bestnye pas isyak aku da gerak balik s.alam... adehh.... tak habis ronde lagi kot kt kampung.... sakit hati - sakit hati + sadis.... aargghhhh... memang bengang kene balik s.alam awal...

pada mereka yang cuti lame tu selamat hari raye la aku ucapkan... gunakan cuti seadanya tu untuk ziarah menziarahi.... pada yang tersayang jaga diri beraya di kampung tu.. hehehehe..... =)

Monday, August 22, 2011

http://www.youtube.com/watch?v=5QB8o85gbMk

melayan lagu ini... haha.. tetibe pulak.. gile dah aku ni... errmm......
sesungguhnya segalanya aku berserah padamu ya Allah...
baik buruk sesuatu itu adalah berlaku dengan izinmu...
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
kepadamu ku memohon ya-Allah....

Monday, August 15, 2011

Cinta & Kasih Sayang........

CINTA tidak pernah MEMINTA, ia sentiasa MEMBERI, cinta membawa PENDERITAAN, tetapi tidak pernah BERDENDAM, tak pernah MEMBALAS DENDAM. Di mana ada CINTA di situ ada KEHIDUPAN. manakala KEBENCIAAN membawa kepada KEMUSNAHAN

TUHAN memberi kita DUA KAKI untuk BERJALAN, DUA TANGAN untuk MEMEGANG, DUA TELINGA untuk MENDENGAR dan DUA MATA untuk MELIHAT.

Tetapi mengapa Tuhan hanya MENGANUGERAHKAN SEKEPING HATI pada kita? Karena TUHAN telah memberikan SEKEPING lagi. HATI pada SESEORANG untuk kita MENCARINYA. Itulah NAMANYA CINTA...???

Ada DUA titis AIR MATA mengalir di sebuah SUNGAI. SATU titis air mata itu MENYAPA air mata yg satu lagi,” Saya AIR MATA seorang GADIS yang MENCINTAI seorang LELAKI tetapi telah KEHILANGAN. Siapa kamu pula?”.

Jawab titis AIR MATA ke DUA tu,” Saya AIR MATA seorang LELAKI yang MENYESAL membiarkan seorang GADIS yang MENCINTAI SAYA berlalu begitu SAHAJA.”

JIKA kita mencintai SESEORANG, kita akan sentiasa MENDOAKANNYA. walaupun dia TIDAK berada DISISI KITA.

JANGAN SESEKALI mengucapkan SELAMAT TINGGAL jika kamu masih MAU MENCOBA. JANGAN SESEKALI menyerah jika kamu masih MERASA SANGGUP. JANGAN SESEKALI mengatakan kamu tidak MENCINTAINYA LAGI jika kamu masih tidak DAPAT MELUPAKANNYA

Perasaan CINTA itu dimulai dari MATA, sedangkan rasa SUKA dimulai dari TELINGA.

Jadi jika kamu mahu BERHENTI menyukai seseorang, CUKUP dengan menutup TELINGA. Tapi apabila kamu Coba MENUTUP MATAMU dari orang yang KAMU CINTAI, cinta itu BERUBAH menjadi TITISAN AIR MATA dan terus TINGGAL DIHATIMU dalam jarak waktu yang CUKUP LAMA

Jangan SIMPAN kata-kata CINTA pada orang yang TERSAYANG sehingga dia MENINGGAL DUNIA , lantaran akhirnya kamu TERPAKSA catatkan kata-kata CINTA itu pada PUSARANYA . Sebaliknya UCAPKAN kata-kata CINTA yang tersimpan dibenakmu itu sekarang SELAGI ada HAYATNYA.

Mungkin TUHAN menginginkan kita BERTEMU dan BERCINTA dengan orang yang SALAH sebelum BERTEMU dengan orang yang TEPAT, kita harus mengerti bagaimana BERTERIMA KASIH atas KARUNIA itu.

CINTA bukan MENGAJAR kita LEMAH, tetapi membangkitkan KEKUATAN. Cinta bukan MENGAJAR kita MENGHINAKAN DIRI, tetapi MENGHEMBUSKAN KEGAGAHAN. Cinta bukan MELEMAHKAN SEMANGAT, tetapi MEMBANGKITKAN SEMANGAT

CINTA dapat mengubah PAHIT menjadi MANIS, DEBU beralih EMAS, KERUH menjadi BENING, SAKIT menjadi SEMBUH, PENJARA menjadi TELAGA, DERITA menjadi NIKMAT, dan KEMARAHAN menjadi RAHMAT.

Sungguh MENYAKITKAN MENCINTAI seseorang yang tidak MENCINTAIMU, tetapi lebih MENYAKITKAN adalah MENCINTAI seseorang dan kamu tidak pernah MEMILIKI KEBERANIAN untuk MENYATAKAN CINTAMU KEPADANYA

Hal yang MENYEDIHKAN dalam hidup adalah ketika kamu BERTEMU seseorang yang sangat BERARTI BAGIMU. Hanya untuk menemukan bahaw pada akhirnya menjadi TIDAK BERARTI dan kamu harus MEMBIARKAN PERGI

Kamu TAU bahwa kamu sangat MERINDUKAN seseorang, ketika kamu MEMIKIRKANNYA hatimu HANCUR BERKEPING-KEPING. Dan HANYA dengan mendengar kata “HAI” darinya, dapat MENYATUKAN kembali KEPINGAN HATI tersebut.

TUHAN ciptakan 100 bahagian KASIH SAYANG. 99 disimpan DISISINYA dan hanya 1 bahagian DITURUNKAN ke DUNIA.

Dengan KASIH SAYANG yang satu BAHAGIAN itulah, makhluk SALING BERKASIH SAYANG sehingga kuda MENGANGKAT kakinya kerana TAKUT anaknya TERPIJAK.

Kadangkala KAMU tidak MENGHARGAI orang yang MENCINTAI kamu SEPENUH HATI, sehinggalah kamu KEHILANGAN. Pada saat itu, TIADA GUNA PENYESALAN karena PERGINYA tanpa BERPATAH lagi.

Jangan MENCINTAI seseorang SEPERTI BUNGA, kerana bunga MATI KALA musim BERGANTI. Cintailah mereka seperti SUNGAI, kerana sungai MENGALIR selamanya.

CINTA mampu melunakkan BESI, menghancurkan BATU, membangkitkan yang MATI dan MENIUPKAN KEHIDUPAN padanya. serta membuat BUDAK menjadi PEMIMPIN. Inilah DASYATNYA CINTA...!!

PERMULAAN cinta adalah MEMBIARKAN orang yang kamu CINTAI menjadi dirinya SENDIRI, dan tidak MERUBAHNYA menjadi gambaran yang kamu INGINKANi. Jika tidak, kamu hanya mencintai PANTULAN diri sendiri yang kamu temukan DI DALAM DIRINYA

Kata-kata CINTA yang LAHIR hanya sekadar DI BIBIR dan bukannya DI HATI mampu MELUMATKAN seluruh JIWA RAGA, manakala kata-kata CINTA yang LAHIR dari HATI yang IKHLAS mampu untuk MENGOBATI segala LUKA DI HATI orang yang MENDENGARKANNYA

Kamu TIDAK pernah TAHU bila kamu akan JATUH CINTA. namun apabila sampai SAATNTA itu, RAIHLAH dengan KEDUA TANGANMU,dan jangan BIARKAN dia PERGI dengan SEJUTA RASA tanda tanya DIHATINYA

CINTA bukanlah kata MURAH dan LUMRAH dituturkan dari MULUT ke MULUT tetapi CINTA adalah ANUGRAH TUHAN yang INDAH dan SUCI jika manusia DAPAT menilai KESUCIANNYA

Bukan LAUT namanya jika AIRNYA tidak BEROMBAK. Bukan CINTA namanya jika perasaan TIDAK PERNAH LUKA. Bukan KEKASIH namanya jika HATINYA tidak pernah MERINDU dan CEMBURU.

BERCINTA memang MUDAH. Untuk DICINTAI juga memang MUDAH. TAPI untuk DICINTAI oleh orang yang KITA CINTAI itulah yang SUKAR DIPEROLEH

Satu-satunya CARA agar kita MEMPEROLEH KASIH SAYANG, ialah jangan MENUNTUT agar kita DICINTAI, tetapi mulailah MEMBERI KASIH SAYANG kepada orang lain TANPA mengharapkan BALASAN.



Saturday, August 6, 2011

manisnya kehidupan wanita islam....

Mungkin sesetengah wanita tidak tahu erti syukur menjadi wanita islam tetapi disini nak dikongsikan sedikit betapa bertuahnya menjadi wanita islam.

  1. Wanita yang manis selalu menjadi pujaan si lelaki.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  5. Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat….
  10. ….dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  11. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  12. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  13. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Thursday, August 4, 2011

warkah untukmu......

Dalam perhubungan pasti ada pasang dan surutnya.. itu dah memang adat hidup di dunia ini... kita di dunia ini hanya mampu merancang sahaja.. tuhan yang menentukan segalanya.. walaubagaimanapun tanpa usaha yang gigih pun usaha kita tidak sampai kemana pun...

hadirnya dirimu melengkapi hidup ku yang sayu selama beberapa tahun.. Tidak pernah terlintas difikiran ku untuk menjadi dikau sebagai sebahagian daripada hidup ku walaupun kita baru saja bertemu kembali setelah beberapa tahun lamanya terpisah kerana adat yang berbeza....

sayang.. walaupun kini diriku terase sepi dikala kesunyian tetapi aku tetap bersyukur kerana bertemu dengan mu kerana hanya dirimu saja yang mampu membuatkan diriku berasa bahagia dan tiap langkah ku bersemangat tatkala bersamamu...

aku mengerti sejarah silam mu itu membuatkan dirimu lebih berhati-hati dalam perhubungan tapi percayalah.. akan ku cuba mempertahankan hubungan kita selagi tubuh ku bernyawa kerana diriku bukan mudah untuk menerima cinta atau mencari cinta yang baru.. pantang dalam diriku ada semangat mengalah sebelum berjuang kerana dalam dunia ini tidak mustahil akan berlaku apabila kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu...

sayangku... hanya engkau seorang sahaja yang berada di lubuk hatiku.. tiada dua,tiga dan empat... engkaulah satu-satunya... walaupun berat untuk diriku terima setelah apa kita bincangkan pada waktu itu, akan ku buktikan bahawa cintaku buatmu adalah satu... berilah diriku membuktikan yang aku juga mempu membahagiakan dirimu tidak seperti sejarah silam mu itu.. 

akan ku kejar dirimu sehingga ke hujung dunia walaupun terpaksa berdepan berdepan rintingan.. apa yang penting dalam perhubungan adalah kejujuran dan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi..

akhir kata walaupun diriku ini tidak sempurna seperti insan-insan lain, tapi percayalah... aku hanya ada kamu seorang saja di dunia ini... ambil masa dirimu untuk mengenali diriku seberapa lama dirimu perlu... diriku tidak berhak untuk membanding dirimu dengan mana-mana insan kerana cintaku pada mu hanya satu n tulus dari lubuk hatiku yang ikhlas..

~ ikhlas diriku mencintai dirimu ~

Monday, August 1, 2011

Hati.......

Wahai hati.... apakah kamu tidak mempercayai apa yang telah anda ada pada hari ini..?
apakah kamu masih lagi sangsi terhadap apa yang telah ada pada hari ini...?
apakah kamu masih lagi dibayangi kisah lama setelah apa yang telah kamu lalui hari ini...?
 
wahai hati....
tidak ku meragui apa yang telah aku dapat pada hari ini....
juga aku sentiasa bersyukur apa yang telah aku ada pada hari ini...
dan juga berharap apa yang ada pada hari ini dapat dikekalkan untuk masa-masa akan datang...

wahai hati...
tidak ku membelakangkan kuasa mu yang berhak memilih....
tidak ku sangsi bahawa hati ini akan sentiasa berubah-ubah pilihannya...
dan janganlah kamu terpengaruh dengan hasutan syaitan kerana manusia sering tersalah memilih jalan dalam kehidupan akibat termakan hasutan syaitan..

fikirlah.....
 
sejanak....

apa yang anda telah dapat selama ini...?

apakah ianya berbaloi untuk di ingati lagi... sedangkan pada hari ini kamu tidak memilikinya lagi....?

wahai hati......
usah di kenang barang yang sudah lepas kelak kamu akan terlepas apa yang anda pada hari ini dan untuk masa-masa akan datang....
wahai hati....
telah ku mempercayai dirimu untuk diriku mengapakah lagi dikau masih dibayangi kisah silam mu...
apakah diriku tidak cukup bermakna untuk dirimu sehingga kamu masih lagi teringat pada kenangan mu dulu....
apakah diri ku tidak setanding apa yang telah kamu lalui dulu...

wahai hati....
telah ku katakan pada mu....

kasih sayang ku pada mu adalah untuk selamanya......
pernahkah kau tahu bertapa dalamnya cinta ku pada dirimu itu....
pernahkah kau tahu bertapa aku sangat menyayangi diri mu lebih dari segalanya....
andai itu semua tidak cukup untuk dirimu...
apakah yang harus ku lakukan...

andai itu tidak cukup kuat untukmu hatimu......
 fikirlah sejenak....

fikir....

dan fikirr....

mengapakah dikau masih lagi sangsi terhadap diriku.....
penuhilah jiwa mu dengan erti kehidupan yang sebenar..... 
penuhilah jiwa mu dengan erti cinta yang sebenar....
penuhilah jiwa mu dengan kasih sayang yang suci dan tulus dari hatimu......

usahlah dikau membiarkan kenangan lalu mengusik jiwa kerana ia nya hanya dalam lpatan sejarah....
biarkan kenangan itu membuatkan dirimu sebagai seorang yang teguh dan kuat untuk menjalani hari-hari yang mendatang....
usah membiarkan dirimu terperangkap pada kenangan kerana kelak kamu akan menghargai apa yang anda akan dapat....

baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci...
tiada terbanding dengan cinta yang kau beri..
ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya...
menyubur iman di dalam jiwa.....
 
mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih....
walau binasa lautan sanggup ku selami...
namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa...
kau sebutir permata yang berharga.....

Demi cinta yang suci ku rela korban kepentingan diri....
Demi sinar bahagai ku hambakan diri padanya Esa....
Demi cinta hakiki ku sanggup redahi apa yang terjadi.....