Thursday, May 26, 2011

mulakan dari bawah

satu perkataan yang unik yang boleh dijadikan sabagai panduan dalam hidup kita.. sebagai yang anda kita tahu kita manusia tidak lari dari berkeinginan sesuatu yang tinggi... haaa... nampak... nampak... sesuatu yang tinggi tu.. sape tak nak kan... semua orang nak berada di puncak kegemilangan dan kalau boleh tak nak jatuh... yang tu tak boleh la derr... nak tak nak pasti suatu hari nanti kita akan jatuh.. itulah kehidupan kita di dunia ini walau tinggi mana martabat di junjung tinggi lagi..... errrr... errrr... korang sambung la sendiri... (hahaha)....

sedang aku dok lepak dengan dia terbukak lah cite pasal nak beli kereta... yeahhh seperti yang anda tidak tahu bahawasanya saya memang menyukai kereta buatan Honda... atau name singkatannya H.. (bak kate anak buah aku la kan.. 'baba ade kereta H'... giler laaa budak 5 tahun pun tau bahase tu...) haaa sambung balik cite....
Honda... sape yang tak minat beb... macam-macam Honda ade.. Honda EX5 pun termasuk dalam pengeluar Honda beb... tapi gua tak cite pasal moto tapi gua cite pasal kereta arini.. Honda.. Honda City, Civic, Accord perghh... tu antare yang kereta yang femes la kan.. tu tak masok lagi Honda EK dan macam-macam lagi laa... bukak cite pasal kereta kan... so aku cite la pasal kereta kat die pasal.. oleh kerana minat yang mendalam pasal kereta H ni, so memang terlebih la cite pasal kereta H.

dan tibe-tibe aku terbaca proton ade keluarkan model saga cc 1600... target aku lau nak beli kereta nak kereta cc dalam lingkungan 1500-1800 cc senang sikit nak long distance kan... pastu harga nak dalam 50K-80K... tu yang aku mampu la.... lebih dari tu tak mampu den... so bila proton keluarkan spec kereta yang aku nak tu so macam terdetik la aku nak beli kereta tu kan.. tapi tu laa.. proton... (kpd pengguna proton mntk maap ek jika tersinggung.. huhu...tiada niat untuk menyinggung anda) so bile cite macam tu si dia cakap laa...

'nak kereta yang mahal jek, cube mulekan dari bawah...'. wahhh teros tersedar aku dari lamunan... mulekan dari bawah ek... teros aku tersentak dan berfikir 2 saat.. betol gak kan ape yang die cakap... mulekan dari bawah... sepupu aku pun banyak yang bermula dari bawah.. first car mereka mesti proton.. so kenapa aku tak ikot macam tu kan... so dari citu da nampak daa... haaa.. nampak...nampak... haha.... (giler jap...) 

so untuk pengguna kereta yang akan datang tu saya mengesyorkan anda yang mana ada minat macam aku cakap tu nak spec kereta macam ni kan boleh lah servey-servey. mane tau saving minyak ke... body saga bukannye besar mane pun pastu letak cc 1600 pulak... memamg kereta top kot lps ni....




Wednesday, May 18, 2011

Berani Untuk gagal....

Kegagalan bukan akhir dari suatu perjalanan, kerana ia hanya sebatas ujian dalam kehidupan. Kejayaan selalu didapatkan bagi seorang yg berfikir bahawa hidup adalah ujian.

Kegagalan…. sebuah kata yang kita tidak ingin mengalaminya, tapi seringkali datang menghampiri. Sebuah kata yang tidak ingin kita temui, tapi sering kali kita hadapi.
Berbagai wajah menampakkan kegagalan. Target yang tidak tercapai, keinginan yang tidak terlaksana, atau doa yang tak kunjung dikabulkan. Dilihat dari sudut pandangan fakta, kegagalan memang terasa pahit bahkan mungkin menyakitkan.

Betapa tenaga yang telah dikeluarkan, waktu yang telah terkorbankan, segenap usaha yang runtuh tetapi tidak mendatangkan hasil. Semua itu jelas bukan sesuatu yang boleh dipersepsikan sebagai sebuah kejayaan yang tertunda dimana seseorang boleh tersenyum semasa melihat kemunculannya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al baqarah : 216)
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan” (Al-Insyirah :6)
Perkataan “Berjaya dan Gagal” diibaratkan sebagai makanan asa manusia. Kata tersebut yang mencetuskan peribahasa “sudah banyak makan garam” iaitu sebutan bagi orang yang telah berpengalaman menjalani hidupnya. Kegagalan adalah proses berkali-kali menuju keberjayaan.

Dalam hidup ini, banyak orang yg gagal kerana tidak menyedari betapa mereka sudah mendekati sukses di saat mereka menyerah. (Thomas A. Edison)
Thomas Edison dikenali dari kegagalan pada mulanya disebalik kejayaannya dalam membuat lampu. Orang yang sukses adalah orang yang mahu berubah kerana orang yang sukses bersedia berkorban jiwa dan raga untuk menemukan seribu cara untuk tidak gagal.

Kegagalan yang tidak boleh berulang untuk yang kesekian kalinya. Mereka memiliki tekad yang gigih untuk meraih apa yang diinginkan mereka. Seperti pepatah mengatakan bahawa berakit rakitlah ke hulu, berenang kemudian yang berarti bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. Peribahasa itulah yang sesuai sekali untuk istilah Gagal dan Sukses.

“Do it repeatly”.
Perkara terpenting adalah proses menuju kejayaan. Jangan pernah berhenti pada kegagalan yang ke-1000 kalinya, kerana yang ke-1001 kalinya kemungkinan adalah kesuksesan anda. Jika anda berhenti, maka anda akan menyesal selama lamanya.

Itulah yang disebut dengan fokus pada mimpi indah, tujuan hidup atau impian anda sendiri.Dan jangan meremehkan satu atau dua langkah anda, kerana tanpa satu atau dua langkah, takkan pernah ada seribu langkah anda.

Syukurilah apa yang ada, kerana hidup adalah anugrah terindah dari Tuhan. Anda harus yakin bahawa apapun yang diberikan Tuhan. pada kita adalah yang terbaik bagi kita semua.
Anda tidak akan pernah menyedari bahawa yang tadinya ulat berbulu, kini menjadi kupu kupu indah yang terbang ke sini sana. Anda juga tidak pernah menyedari bahawa kaktus dan pohon mawar yang awalnya berduri kini mengembang bunganya. Bunga yang indah yang dihinggapi kupu-kupu cantik. Itulah makna dari sebuah kegagalan dan kejayaan.

Yakinlah kesukaran itu akan berlalu, masa-masa susah itu tidak akan sia-sia jika kita lalui dengan jiwa perkasa dan hati yang teguh. Bahkan, kita akan menjadi orang-orang yang matang dan bijak melebihi usia kita. Kita hanya perlu menghadapinya dengan tabah dan hati yang mantap.
Apa yang dulu yang pernah kita cita-citakan dalam hidup, yakinlah bahawa suatu saat nanti kita pasti boleh meraihnya. Percayalah akan kemampuan diri kita. Kita hanya perlu bersabar menjalani untuk sampai pada tujuan kita.

Tapi percayalah, jika hari ini kita belum boleh meraihnya, yakinkan diri bahawa esok kita pasti boleh meraihnya. Jika esok belum dapat diraih, jangan pesimis, selama kita masih hidup, selama kemahuan itu masih kita jaga dan pertahankan, Insya Allah suatu hari nanti, kita akan tampil juga di puncak kegemilangan seperti yang pernah kita citakan dahulu.

“Selama cita-cita dan kemahuan kuat untuk mencapainya masih anda jaga, yakin dan percayalah bahawa suatu hari nanti cita-cita itu akan berada dalam genggaman anda.”

Saturday, May 14, 2011

kembali....

huh... br la aku merasai macam mana rasenye tak ade mase mau update blog ni... macam-macam komitmen datang...

terlebih dahulu aku nak mengucakan Alhamdulillah kerana berjaya menamatkan pengajian aku pada peringkat diploma ni dengan mendapat keputusan yang boleh laa bagi aku daripada tak lulus kan... kepada rakan-rakan yang sangkut, harap anda semua bersabar mungkin ade hikmah disebalik kejadiannya...

dah setel buat diploma..? mane projek..? tah laa... wat masa ini aku tak nak fikirkan ape-ape lagi.. just bole tumpukan pada kerja yang sedang aku lakukan sekarang ni... so minggu depan akan bermula la sesi pembelajaran yang serius untuk bekerja.. haha.. sebelum ni banyak sangat mainnye kat tempat kerje... 

pada rakan saya yang kini sedang dalam proses perkenalan tu.. harap-harap perkanalan ini dapat dikekalkan hingga ke masa hadapan... kita hanya merancang tuhan yang menentukan segalanya... berharap agar ending for relation ini akan menjadi positif... amin... kawan-kawan tolong doakan sekali ek.. hehehe... (tak malu betul... aku ni... ngeee~~)

diharap kita berjumpa lagi di next entri.. saya sebagai penulis hanya mampu buat yang termampu jek... yang baik itu datangnya daripada Allah yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri... wassalam....


Saturday, May 7, 2011

Komen cikit.....

yeahhh.. terlebih dulu saya ingin mengucapkan tahniah pada diri saya atas berjaya memasuki premis vista point technology untuk menjadi sebahagian dari keluarga anda... 

seperti yang anda baru tahu minggu lepas merupakan minggu pertama saya mula bekerja selepas setahun berhempas pulas untuk menamatkan zaman diploma... walaupun tak segempak seperti kawan-kawan yang lain yang sudah ade degree namun aku tetap bersyukur kerana berjaya menghabiskan perjuanganku pada peringkat diploma.... (Insya-Allah... aminnn...)

tanggal 3 may 2011 saya telah melaporkan diri di bahagian HR vista point tepat pada pukul 8 pagi.. (sharp weyhh datang...) so macam biasa la kan bile da lapor diri pakaian mestila normal.. eh..eh.. formal.....


so setelah lapor diri terjumpalah anggota seangkatan denganku yang juga lapor diri pada hari itu juga... cuma membezakan aku dengannya adalah aku diletakkan pada bahagian fasiliti manakala beliau diletakkan di bahagian LCD....( penat cikit la bahagian ni keje..)

so permulaan aku diperkenalkan pada engineer ak yang bernama mr Eddy.. yo bro.. steady r bro... engineer paling sempoi kot pnh aku jumpe... so mr eddy pn membawa aku 'berjalan' di sekitar kilang untuk memperkenalkan bahagian-bahagian yang penting untuk kilang ini...

permulaan aku diperkenalkan D.I.R Water iaitu satu proses untuk membersihkan air dari syabas sehingga air itu menjadi Neutral ( bermaksud air itu tiada sepatah haram pun mikoorganisma yang ade dalam air tu..).. air ini di proses menggunakan reverse Osmosis... (giler rr.. aku ingat ke nabil raja lawak menbelasah jek cakap reverse osmosis tapi betul-betul ade kt dunia ni.. haha..) 

perjalan seterusnya aku diperkenalkan pula air buangan dari mesin iaitu dikenali sebagai waste water.. air ini akan dirawat sebelum dilepaskan ke longkang.. untuk menjaga saliran kita jugak la kan.. bagus-bagus kilang ini...

next step aku diperkenalkan dengan sebuah mesin diberi nama 'Chiller'.. gilerr rr.. menatang ape chiller ini.. langsung aku tak tau ape fungsinye.. so bila da diterangkan apa yang boleh aku ungkapkan mesin ini mengasingkan atau menghasilkan angin yang mempunyai suhu yang tertentu.. sebar mesin ini memang tah yah cakap laa.. lebih kurang besar gajah la mesin ini... overall penggunaanya menggunakan elektronik part.. huhh.. ketaq gak aku tengok mesin ni...

so next step lak aku dikenalkan dengan 'Cooling Tower'.... haaa... korang tau pe bende cooling tower ni..? mula-mula memang aku tak tau pe bende la menatang ni.. rupenye bende ini lah yang generate econ atau pun nama skemanya penghawa dingin kat dalam production tu.. so kalau production tu tak sejuk ke ape ke.. better check bende ni kan takot-takot lau tersumbat ke ape ke.. macam-macam faktor la ade...

perjalanan terakhir aku diperkenalkan pula pada 'Air Compressor'.. bende ini akan menghasilkan angin untuk di gunakan pada LCD production... so kalau bende ni down so agak payah la nak menjawab dengan manager lau dipersoalkan.. so bende ni memang tak boleh down.. memang kene monitor tiap-tiap waktu..





kat kilang aku ni ade dua bende jek dorang buat.. first dorang buat LCD untuk handphone-handphone yang korang pakai skang ni kan.. satu lagi produk dorang buat 'CM' iaitu 'Camera Module'.. CM ini camera yang bulat kecik yang ade kt kamera hp korang.. so departmant yang penting dalam kilang aku ni aku bole bagi pada department Camera Module.. nak tau kenape..? kerana deparment ni la yang banyak menghasilkan pengeluaran yang tinggi pada tiap-tiap minggu...

so ade banyak bende lagi yang dapat aku share kan pada korang.. tapi aku sendiri pun baru lagi kt citu so memang tak dapat la nak cite banyak-banyak bcoz aku sendiri pun tak tau macam-mana nak terangkan.. dalam erti kata lain saya budak baru belajar.... memang tak rugi aku amek tawaran ini.. harap di masa akan datang aku dapat memaster skill salah satu bidang yang ade dalam bidang fasiliti yang aku ceburi ini untuk dijadikan sebuah pengalaman kerja yang berharga untuk masa datang...

sekiann........ Fast 5 Terbaikkk wookkk!!!!

Wednesday, May 4, 2011

rahsia wanita......

Memang sukar lelaki untuk mengetahui isi hati setiap wanita. Apalagi isi hati kaum perempuan kadang-kadang sukar untuk diteka. Kadang-kadang hari ini pilih A tapi esok boleh berubah jadi B. Bagaimana dengan rahsia-rahsia wanita yang ada dalam hati, berikut rahsianya :

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitikkan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yangpaling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.

8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang berdiam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap buat-buat tak layan seolah-olah tidak berminat,tetapi sebenarnya dia akan menjerit kegembiraan dan tak sampai sepuluh minit,semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan bertanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat gambar bersama,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk mengurat kawan mereka yang paling cantik.

25.Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise kepadanya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik).Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian padanya dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mau hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.