Wednesday, November 30, 2011

63 Tips Hubungan kekal lama....

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan BELAIAN dan romance.
6. Murah dengan SENTUHAN.
7. Mencari KEBAIKAN pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi/berbual/ bergurau.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had/sempadan/hal-hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka — boleh TEGUR MENEGUR.
13. Berani mengambil risiko emosi — tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan membetulkan keutamaan (priority) dalam kehidupan.
15. Flexible/tolak ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira “gerak batin” (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kekadang tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa BERMAAFAN sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan HAK kepada pasangan.
28. Tidak menjadi HAMBA kepada pasangan.
29. Berubah secara kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian menang-menang.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semulajadi pasangan.
34. Memahami peranan “pasangan” (13 P).
35. Emotional intercourse.
36. Janga simpan ketidakpuasan/sedih/marah/ benci dalam hati.
37. Bentuk KOD-KOD kasih sayang yang anda 2 orang saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk memperbaiki hubungan suami isteri.
39. 7 kali puji dan 1 teguran.
40. Sebut “I Love You” all the time.
41. Banyakkan BERGURAU/BERMESRA.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku — SABAR.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan SALAHKAN pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat/pandangan/maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat — bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan daripada segi
-Mental/pendidikan/ilmu
- Emosi
-Fizikal/ekonomi
-Sosial
-Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa):
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza
- Pendapat/pandangan
- Hobi
- Kegemaran
- Makanan
- Citarasa
- Warna pilihan
- Dan sebagainya
56. Humor/lawak dari maxa ke masa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang/peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Redha/syukur/tawakkal kepada Allah s.w.t.
apa2 pun yg penting kita terima semua seadanya dan bersyukur dgn rahmat dan jodoh yg telah ditentukan olehNYA….
SEMOGA BAHAGIA SELAMANYA
AMIN….

Thursday, November 10, 2011

Nurkilan....

assalamualaikum... salam sejahtera pada sahabat-sahabat... rasenye da lame aku tak update blog ni.. terase diri macam sibuk la pulak.. padahal bukan buat pape pun kat rumah.. asik dok lepak jek... petang lak jogging... wahhh jogging tu... pdhal baru lari sikit dah nak terabut paru-paru aku...

rasanya hari ini 10 oktober 2011 genaplah dua bulan aku menjalani perubatan di institut perubatan respiratori kat KL... tapi sampai ke hari ini masih lagi tanda tanya pada status aku.. doktor dengan pakar pun tak dapat nak sahkan aku ni menghidapi penyakit ape... sampaikan aku terase diri ini di buat macam bola.. tak bole wat bahagian ini, tendang aku pergi bahagian lain pulak.. sampai aku pulak naik bosan dengan mereka-mereka ni.. nasib la ade nurse yang merangkap kakak angkat aku bagi support kat aku...

sampaikan kerjaya aku pun tergangu disebabkan aku nak mencari titik noktah pada masalah diri aku ini.. susah sangat ke mereka nak akui yang penyakit aku ni tak dapat dikesan dengan sains.. bila dah bagi kebenaran nak wat pembedahan, tak nak pulak buat... tau pulak banyak komplikasi bila buat pembedahan tu... tapi sampai bila lagi kan lau tak buat.. dah masuk bilik pembedahan boleh pulak keluar balik..

kan ke senang lau pakar cakap mereka tak boleh buat ape-ape kat aku.. dapat gak aku cari titik noktahnya yang sudah 7 tahun lamenye tertangguh..

bila aku fikir sensorang balik... aku ni ade masa depan ke lau berterusan macam ni..?? sedangkan TNB tu pun senang-senang jek tolak aku dari jawatan yang aku dapat.. apetah lagi kat tempat lainkan... tah-tah dorang tau jek keadaan aku yang macam ni terus dibuangnye aku... lagi-lagi kerja sekarang ni memerlukan kita untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum kita dapat jawatan tu kan... aku sedar aku macam mane... tidak semestinya diri aku macam ni korang terus jek buang aku... aku tak boleh buat kerja.. boleh jek buat kerja, tak ade masalah pun tapi belum pape korang dah 'reject' aku bulat-bulat macam ni..

yee aku tau... mane ade company nak rugi kan amek staf-stafnye macam aku.. nak tanggung sume kos-kos penyakit aku ni... aku sedar... tapi aku tak mengharapkan pun semua itu.. aku nak buktikan orang macam aku ni tak perlukan ihsan semua itu lau dorang paham ape yang aku nak.. tapi malangnya dorang tak paham.. sabarlah wahai hati...

kebelakangan ni pulak kilang aku memang dah drop.. memang nampak sangat dropnye sehinggakan 1 line dah tutup sebab dah tak ada barang nak test.. membe-membe sekerja ramai da plan nak amek vss... yelah kilang aku tu ramai lak orang-orang lama... so tah heran lak mereka dah plan dengan planing tu... tapi aku..?? kate kan lah betul ape yang aku cakap ini, kemane aku nak cari kerja.. lau kerja aku cari tu tak perlukan aku jalani pemeriksaan kesihatan memang selamat lah, tapi lau kene buat medical checkup?? tak ke kene buang awal-awal lagi.. sampai kan aku terase aku macam dipermainkan oleh pihak hospital...

so ade mase depan ke orang-orang macam aku ni..? aku nampak macam tak ade jek... nak tak nak kene survive jugak la idop ni walau banyak masalah yang menimpa... yang paling aku risau, takut tak dapat nak membahagiakan si dia yang aku sayangi... terima kasih aku ucapkan pada dia sebabnya die terima diri aku seadanya, banyak memberi semangat, dorongan pada aku, ambil berat pasal aku, buat aku bahagia tatkala aku memerlukan dia, sentiasa menyenangkan diri aku, paham dengan situasi aku.... terima kasih sangat-sangat... kasih sayang dia pada aku akan aku semaikan dalam jiwa aku selagi aku bernafas di muka bumi ini.. dalam erti kata lain aku sayang sangat-sangat kat dia melebihi dari nyawa aku sendiri... terima kasih pada dia menerima diri aku pada 5 jun 2011.... tarikh yang sangat bermakna dalam hidup aku..

tapi maafkan aku andai kata satu hari nanti aku terpaksa menyusahkan si dia atas masalah-masalah yang sedang menimpa aku.. aku tak nak dia pun terjebak sekali dengan masalah aku... aku nak die sentiase hidup bahagia andainya bukan aku di pengakhiran dia...