Monday, December 6, 2010

sekian lama...

secare tiba-tiba.....
entah macam-mane perasaan bergelora dalam hati ini tiba-tiba membuak...
rase-rase perasan ape??
ape yg diri aku rase sekarang ini, ttbe semangat nk balik ke rumah sewa ku di Sabak Bernam untuk menamatkan pengajian ku di semester akhir ini..
bukan tu jek.. tak sabar untuk sambung pengajian ku atau pun keje...
semangat yang tiba-tiba hadir dalam jiwa ini..
terima kasih sangat pada .......... kerana dapat bersuakan diri mu untuk ku...
setelah sekian lame tidak merasekan detik-detik ini, barulah detik itu kembali setelah 4 tahun lamenye detik itu pergi dari hidup aku..
memang rase lain jek diri aku ni... huh... (parah ni aku ni.. ttbe jek rase lain..)
rilek..rilek.. cool kn perasaan tu.. yang ade itu kekalkannya... dan yang tiada tu hadirkan ianya untuk diriku...
moga ape yang hadir ini akan merancakkan lagi pemburuan ku untuk ke tahap yang lebih tinggi..



Sunday, November 28, 2010

Budaya Yang Berbeza....


Cinta.. Persahabatan.. dan Kerjaya.... serring berlegar-legar dalam otak aku kebelakangan ni.. kalau lah tiga-tiga bende ini boleh dimiliki pada masa yang sama, mesti tak pening kepala kan?? bila di fikirkan balik, memang adat dunia di mana kita terpaksa memilih satu antara yang dua atau satu antara yang tiga.. kat cini lah kita akan mempelajari pengalaman hidup yang akan digunakan pada masa-masa akan datang.. tak kesah lah pada sape-sape2 yang mengalaminyakan.. aku sendiri pun antara yang termasuk dalam golongan ni...


Percintaan....

Rasa macam jauh lagi jek bila fikirkan pasal cinta ni.. tp bila lepak ngan membe-membe, sume dah ade awek masing-masing.. serius ke tak hubungan meraka tu, tak tau la kan.. tuhan jek yang tau ape yang ade di dalam hati meraka-meraka yang bercinta ni... bile tak ade cinta, rase macam tak lengkap idup ini.. tapi bila dah ade, mengapa mesti mau mencari yang lain.. ermmm... tak cukup ke ape yang korang dah dapat... satu hal lagi bila pasal cinta ini, bila ade orang pulak yang meminati kat kite... apekah jawapan yang sebaiknya harus diberikan pada si dia yang berharap tu?? tak kan nak kate tak nak kot...? rugi lah.. tp bile fikirkan balik diri ni macam tak ready lagi... bile keseorangan pulak fikiran mula la melayang kan best lau aku ade couple skg ni.. bole ajak kua ke, lepak-lepak ke... tp mengapa mesti ade perasaan TAPI tu...?? haishhh!!!.... susah nak ungkapkan mengapa kan.....


Persahabatan
haishh... memang pening bile kita perlu wat pilihan... satu hal lagi kerja dan persahabatan... bila time ade keje mase-mase tu la membe-membe lame nak jumpa lah, ajak pegi main putsal laa.. aduhh... kang lau x lepak kate sombong pulak... bila nak lepak ade keje yang lebih penting kene setelkan.. agak-agak mane la yang akan korang wat... lau ak baik setelkan keje tu dulukan.. lepak ni bila-bila bole set time balik... ape-ape pun pada semua sahabat aku, aku tak kan lupekan korang.. selagi ade mase kita lepak, kita lepak melainkan ade panggilan lebih penting yang perlu kita sahut...

 prospek kerjaya.....
mane satu la aku nak pergi ni.. nak sambung stadi ke nak teroskan kerja.. yuran dah bayar ni... adehhh... cobaan yang paling berat penah ak hadapi... bile aku fikirkan balik biarlah aku hilang kerjaya sebentar untuk stadi dalam tempoh yang pendek.. bila bukak cerita kat sepupu sepapat sume kate 'weyhh, rugi la ko tak amek tawaran kerje goverment tu...' adehhh.. dorg ni.. saje jek nak wat ak fikikan balik hal yang da lepas... bile nak tido fikirkan balik ape yang dorang cakapkan tu kadang-kadang ade gak betulnya... tp hati aku lebih pada stadi skg ni.. so mmg ak amek la tawaran tu... nak tak nak keputusan dah pun dibuat.. dan dalam tak diam tinggal lagi separuh jalan jek lagi nak habiskan stadi ni.. ramai gak membe-membe ak da dpt keje yang bgs skg ni.. lagi-lagi TNB dan sebagainya.. sape tak nak kn keje mcm tu... pape pun decision have ben made... cehh.. speaking owang puteh pulak... harap-harap sumer akan berjalan lancar pada semester akhir ni... pada kawan-kawan seperjuangan, same-same la kita menempuh sem akhir ni dengan penuh ketabahan walaupun ade membe-membe yang terpakse carry beberapa paper yang sangkut tu.. yang penting kita tamatkan pengajian kita ini seperti jangka masa yang telah di tetapkan... aamiinnnn..... selamat berjaya rakan-rakanku... =)


Friday, November 12, 2010

suatu ketika....

'disaat ku ingin dekat denganmu.. kau semakin jauh meninggalkan ku dan kau diam tanpa kata saat ku ucap semua rasa'....

satu lirik yang makan dalam bagi aku.. cite psl ape?? adelah suatu kisah ni kan.. biar lah die jadi kenangan dalam kamus idop aku.. semua rasa ini hanye mungkin bagi aku..  aku pun tak tau ape lagi yang di mahukan dari idop dia.. time-time lepak sensorang la macam-macam kisah lame teringat.. sedangkan suatu ketika hubungan ini seakan-akan sedang berputik.. tp hakikatnya tidak.. itulah kate-kate yang ak ulangi utk diriku yang diriku ini tidak punyai ape-ape dengan dia.. mungkin dia ada pilihan hidupnya sendiri.. pada aku, dialah wanita yang paling sempoi penah aku kenali.. dengannya tak yah nak pening-pening kepale dlm hubungan.. yang penting kita jujur dan ikhlas dalam perhubungan. tak perlu lah nak hipokrit dalam idop.. sume tu khayalan jek lau selamanya kita hipokrit...


kadang kala lagu pun main peranan gak dalam idop kita saat berduka, sedih, gumbira, emo macam-macam lagi laa... sume ni terpulang kpd individu itu untuk berkongsi ape yang mereka rasakan dalam hidup kita..
hidup tak semestinya manis setiap masa.. kadang-kala kita juga memerlukan kesedihan untuk memperbaiki diri kita utk ke tahap yang lebih ideal lagi.. yang penting dalam idop sentiasalah ingat pada yang esa kerana dialah yang menguasai segalanya.. tapi bagi sesetengah orang kn.. sesetenga ek bukan sume.. bila mereka dah ade pasangannya sendiri, membe-membe teros dilupekan.. patutkah begitu..? tepuk dada sendiri la korg pk... jangan sampai satu masa nanti korang akan merayu pertolongan pada membe yang korang penah lupai...

Persahabatan Yang Ikhlas Pasti Membawa Pelbagai Kenangan Yang Sukar Dilupai...






Thursday, November 11, 2010

cuti datang lagi.... tp............

yeahhh!!!.. cuti datang lagi... alhamdulillah.. coz pekse da habis.. bile pk psl cuti mcm-mcm nk buat.. itu lahh.. inilah... balik-balik dok umah dulu.. membe-membe pn ramai yg tak hbs exam lg.. syahdu tol... bile cuti datang, poket pulak sempit.. pun satu hal gak... nak tak nak kene la cekau sane and cini.. dapat ke x belakang cite laa... balik-balik online sampai lebam... penat r cni.. bukan penat ape... penat dok kat umah jek.. lau ade xtiviti lain x pe gak.. balik-balik online, makan, tido bosan cikit jalan-jalan nek moto.. haluan?? mane yang mampu je la ak jln-jln.. kan best lau dapat konvoi mane-mane... nak konvoi pn pakai duit gak.. duit ohh duit...

Friday, August 20, 2010

permintaan radio di bulan puasa...

Seorang pendengar Radio HANGIT FM, Ajoi sedang bercakap secara on air dengan DJnya – Kitanro lebih kurang pukul 4.30 petang:
DJ Kitanro : “Hello! Hangit FM!”
Ajoi : “Hello radio Hangit FM yek?”
DJ Kitanro : “Yeah Betul, radio yang paling hangit di Malaysia, siapa bercakap di sana?”
Ajoi : “Ooo nama saya – Ajoi . Boleh buat permintaan tak?”
DJ Kitanro : “Boleh… Ajoi mau minta lagu apa?”
Ajoi : “Tolong putarkan azan Asar yer bro, dah masuk waktu nih!!”
DJ Kitanro : “!!!!????, insaf gua…”

kalau malas stady...

Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.

*tiada kena mengena yang hidup atau yang MATI.

fikirlah...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

dua dunia yang berbeza...

Belajar atau yang dimaksudkan sebagai 'stady' dalam bahasa inggeris. apakah belajar ini terpaksa atau lahir dari hati yang betul-betul inginkan ilmu pengetahuan. Belajar di ipt yang banyak kemudahan memang perkara yang menyeronokkan. Ini disebabkan mungkin para pelajar akan berasa selesa untuk meyiapkan tugasan atau mencari bahan-bahan ilmiah dengan menggunakan kemudahab itu. Tetapi, apabila anda di tempatkan pula pada ipt yang kemudahan fasilitinya agak kurang memuaskan hati anda apakah reaksi anda...? marah?? geram?? ataupun mungkin anda akan berkata 'arghh, apela nasibku dapat belajar kat tempat ulu ni. dah la ulu kemudahan pun tak de..' ditambah pula dengan tugasan yang anda dapat pada hari itu memerlukan penggunaan internet atau sebagainya.. mungkin student pula akan menganggap 'aduhhh... da la tak cukup masa nak siapkan kerje ni... dan di masa ini mungkin anda akan terfikirkan 'manelah JPP ni... dorang ni tak bersuara ke?? ke dorang ini ikot jek telunjuk pensyarah..' hakikatnya jika hendak tegas dalam sesuatu perkara biarlah tegas pada tempatnya. janganlah akibat dari ketegasan yang tidak kene pada tempatnya itu, student pula akan menjadi mangsanya. lagi-lagi dalam keadaan sekarang yang mungkin kite boleh ungkapkan 'student+internet+kerja' mungkin tidak dapat dipisahkan. apelah dunia tanpa internet. begitulah jua apalah ipt tanpa kemudahan yang cukup.