Thursday, March 24, 2011

4 fakta yang anda tidak tahu...

Fakta 1 :
Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda…

Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya
He He He —> Korang mengaku jer la …!!!

Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit ….
dan berkata dalam hati “Hampeh..! aku dah terkena nih!”
He He He…!!! betul ker??

Dan…
Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat untuk copy lawak bodoh isuhangat ni kepada geng korang yang lain untuk kenakan diaorang seperti korang yang telah terkena ……Wkwkwkwkwk…!!!

saje nak menghiburkan hati dikala sedih.. sedihh ke?? huu~~

Thursday, March 17, 2011

Tips bagi orang yang kurang hensemnye......

Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem (maaf ini hanya bergurau, jgn disimpan dalam hati ya bro!)

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^
DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana hensem itu keturunan.. betul tak??
LIKE FATHER LIKE SON

3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau anda merasa sisi luar anda memang hampeh.
THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat bodo jer, ingat film Beauty and The Beast kan?
NO GAIN WITHOUT PAIN

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem
anda akan banyak dosa
JUST BE YOURSELF

6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu
benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)
THE TRUTH IS OUT THERE

7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, so pindah ke sana jer hehehehe
THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…
LOVE IS BLIND

Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem..
Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain yang melihat anda….
Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile,
percayalah..orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda
jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)…
Kalau anda tersinggung dengan artikel ini, ini bererti betul.. anda memang tak hensem.
maaf.. cuma bergurau.

Dari blogger yang tak hensem :)

Wednesday, March 9, 2011

projek.... ohh projek...

entri saya pada kali ini adalah projek akhir... mungkin bagi mereka yang merupakan pelajar kejuruteraan da biasa dengan projek-projek... dah name pun projek, mesti ada rasa seronok, beban macam-macam lagi laa...

tapi yang pentingnya ikhlas kah kita membuat projek itu..? bagaimana dengan diri saya...?

tidak dinafikan projek ini kadang-kala dirasakan beban oleh sesetengah pelajar. walaubagaimanapun, untuk mendapat sekeping diploma, degree atau master dan seangkatan dengannya, projek akhir tetap akan dijalankan walau dengan apa cara sekalipun.

nak tak nak terpaksa jua lah kita membuat walaupun dalam hati terasa beban yang amat sangat.

ikhlaskah anda...?

tepuk dada tanyalah pendapat masing-masing...

masing-masing ada cara tersendiri untuk mentafsirkan keadaannya. ikhlas ke tidak semuanya tuhan yang mengetahuinya.

cakap pasal modal.. ishhh..ishhh... paling ditakuti oleh para pelajar kejuruteraan. haha.. (mampuih ooo kalau projek gempak-gempak ini...) sah-sah la bajet dalam ribuan ringgit... bagi mereka yang dapat kumpulan 4 - 5 orang pastilah seronok kerana dapat berkongis bajet yang sedikit bagi mereka yang mempunyai kumpulan 2-3 orang...

paling biasa dilakukan bagi pelajar ialah stadi berkaitan projek pada last-last minit... tak student la kan lau kita stadi awal-awal... overnite hingga ke pagi .

pada pelajar-pelajar yang bakal membuat 'presentation  final project' diucapkan' selamat berjaya. semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang pada 'presentation' dan peperiksaan akhir..

~ good luck geng~

Tuesday, March 8, 2011

berapa tinggi nilai kita...?

Cerita sederhana tentang seberapa tinggi NILAI kita…


Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.
Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.
Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.

Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.
Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.
Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.
Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.
Harganya ialah RM15.00
Sekarang isu hangatnya ialah mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?
Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!
Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.
Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.
Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.
Apa pun apa yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.
Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah amalan kita.
Wallahualam