Tuesday, July 26, 2011

eh..eh..eh... ahhh......

adoii... bile rase ni da sampai dalam jiwa aku.. rase tak tentu arah... Ya Allah... ko tetapkanlah iman aku ini.. jauhilah ape yg perasaan ini dari diriku agar dapat ku mematangkan perjalananku bersamanya..... walaupun aku di uji dengan sebigini rupa, engkau berikan lah kekuatan padanya agar mudah untuk die menentukan arah tuju dalam semua aspek......


haishhhh~~

mood : tak suke mood ni datang~~ 

Thursday, July 21, 2011

Yang Harus Diikut....

1. Jika Orang Buat Kita Susah,Anggaplah Itu Adalah Limpahan Rezeki.

2. Mulai Hari Ini, Belajarlah Setiap Hari Menyenangkan Hati Orang Lain.

3. Jika Kamu Merasa Pahit Dalam Hidupmu Dengan Suatu Tujuan, Itulah Bahagia.

4. Lari dan Berlarilah Yang Cepat Untuk Mengejar Hari Esok.

5. Setiap Hari Kamu Sudah Harus Merasa Puas Dengan Apa Yang Kamu Miliki Saat Ini.

6. Setiap Kali Kalau Ada Orang Yang Memberi Kamu Satu, Kamu Harus Mengembalikannya 10x Lipatganda.

7. Nilailah Kebaikan Orang Lain Terhadap Kamu, Tetapi Hapuskanlah Semua Jasa Yang Pernah Kamu Berikan Kepada Orang Lain.

8. Dalam Keadaan Benar Kamu Difitnah, Dipersalahkan dan Dihukum, Maka Kamu Akan Mendapat Pahala.

9. Dalam Keadaan Salah Kamu Dipuji dan Dibenarkan, Itu Merupakan Hukuman.

10. Orang Yang Benar Kita Bela, Orang Yang Salah Kita Beri Nasihat.

11. Jika Perbuatan Kamu Benar, Kamu Difitnah dan Dipersalahkan, Tetapi Kamu Menerimanya, Maka Akan Datang Rezeki Kepadamu Yang Berlimpah Ruah.

12. Jangan Selalu Melihat/Mengecam Kesalahan Orang Lain, Tetapi Selalu Melihat Diri Sendiri, Itulah Kebenaran.

13. Orang Yang Baik Diajak Bergaul, Tetapi Orang Yang Jahat Dikasihani.

14. Dua Orang Saling Mengakui Kesalahan Masing-Masing, Maka Dua Orang Tersebut Akan Bersahabat Sepanjang Masa.

15. Saling Salah Menyalahkan, Maka Akan Mengakibatkan Putus Hubungan.

16. Kalau Kamu Ikhlas Menolong Orang Yang Dalam Keadaan Susah, Maka Jangan Sampai Diketahui Bahawa Kamu Sebagai Penolongnya.

17. Jangan Membicarakan Sedikitpun Keburukan Orang Dibelakangnya, Sebab Kamu Akan Dinilai Buruk Oleh Si Pendengar.

18. Kalau Kamu Mengetahui Orang Itu Berbuat Salah, Maka Teruslah Tegur Dengan Kata-Kata Yang Lemah-Lembut Sehingga Orang Itu Menjadi Lebih Insaf.

19. Doa dan Sembah – Sujudmu Akan Allah Terima, Apabila Kamu Boleh Sabar dan Menuruti Jalan Yang DiRedhaiNya

Usahlah kamu merungut atau menyalahkan seseorang dengan setiap kejadian yang datang menimpa kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. jika tidak sekarang pasti akan ditunjukkan pada masa-masa akan datang...

Wednesday, July 20, 2011

(positif) + Vs - (negatif)

Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan;
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.

Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.

Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;

Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.

Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”.

Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.

Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.

Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.

Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.

Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.

Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.

Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.

Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.

Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.

Orang Positif seperti thermostat;
Orang negatif seperti thermometer.

Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;
Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.

Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata2 yang keras.

Orang Positif selalu berpegang teguh pada nilai2 tapi bersedia berkompromi pada hal2 remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai2.

Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.

Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.

Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang....

Usahlah anda takut pada cabaran kerana setiap apa yang kita tempuh itu adalah pengalaman hidup.... berpeganglah pada apa yang ada pada masa ini sebelum ia pergi jauh meninggalkan tanpa sempat anda menikmati apa yang dipegang itu............

Dugaan.. Jangan Mengalah...

Ingatkah anda ketika baru pertama kali memasuki alam sekolah?!
Di hari pertama, berbagai perasaan bergelut di dalam benak dan fikiran kita..
..Antara cita-cita yang menggunung, bercampur dengan rasa cemas akan dunia baru yang akan kita masuki. Perasaan tersebut bertarung di dalam benak fikiran kita. Begitu juga dengan imaginasi keceriaan dunia baru, teman-teman baru, dan bayangan orang-orang asing yang bakal mengelilingi.
**

Perasaan yang hampir sama juga melanda perasaan para pencari kerja yang harus melewati temuduga atau para professional yang diminta ‘present’ laporan atau kerja mereka.
Itulah hidup, penuh dengan segala macam ujian, cubaan dan tentangan yang kerap dan sentiasa datang tak henti-henti. Hendak tak hendak, suka tidak suka, setiap manusia yang hidup harus menjalaninya.Ini kerana hidup merupakan perjuangan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Di negara barat, kita tidak akan menganggap pelik apabila anda mendapati orang-orang yang glamour, yang terkenal dan yang kemuncak karier yang menjulang, mengakhiri hidupnya dengan terjun gaya bebas dari tempat tinggi, mengambil dadah sehinga overdose dan sebagainya.
Atau di Jepun, negeri yang terkenal dengan semangat hidup yang pantang menyerah. Hingga saat ini masih mencatatkan rekod tertinggi kes bunuh diri yang sebahagian besar adalah para professional muda yang menjadikan kejayaan dan prestasi diatas segalanya. Mereka lebih memilih harakiri daripada menanggung perasaan malu.

Untuk lebih mengetahui berbagai tipikal orang yang menghadapi cubaan, silahkan kita datang ke hospital.

Disana kita akan menemui orang yang merintih menahan sakit, kerana tidak ingin segera mati. Kadang-kadang sebahagian dari mereka mencaci Tuhannya atas alasan ketidakadilan.
Namun ada juga di antara mereka yang tersenyum, meskipun kanser yang ganas sedang menyerang satu-persatu bahagian dari tubuhnya. Sebahagian dari pesakit tetap tegar, sabar, dan ikhlas menerima cubaan yang datang dari Allah SWT.

Mereka tahu bahawa inilah cara Allah SWT menguji makhlukNya. Mungkin juga Allah SWT menjanjikan kehidupan yang jauh lebih istimewa dibandingkan dengan kehidupan di dunia yang sudah semakin tua.
… atau ini adalah salah satu cara Allah SWT mengampuni dosanya.
Perhatikanlah firman Allah Taala di dalam Al-Qur’an:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah.Al-Ankabuut : 2).

Sahabat,
Bukankah para Nabi Allah selalu mendapatkan cubaan yang teramat berat sehingga dia boleh menjadi manusia-manusia pilihan di muka bumi ini?
Lihatlah Adam AS..tercampak dari SurgaNya Allah SWT atas kelalaiannya. Atau, pedihnya penderitaan Ayub A.S atas penyakit yang dideritanya. Atau, Nuh A.S yang selalu mendapat cacian dan hinaan dari umatnya. atau Ibrahim A.S yang harus rela menyembelih putera kesayangan yang dia nantikan kehadirannya bertahun-tahun.

Dan jangan pernah menganggap bahawa, kekayaan yang diberikan kepada Sulaiman A.S bukan merupakan cubaan. Juga kekacakan wajah yang dimiliki Yusuf A.S tidak akan dimintakan bertanggungjawab. Bahkan Rasulullah SAW juga mengalami hinaan, makian dan ancaman bunuh berkali-kali.

Dunia yang penuh dengan keindahan, juga menyimpan berbagai celah dan lubang ujian dimana setiap manusia yang hidup disitu harus melaluinya. Kelalaian yang menjadi sifat asas manusia, seringkali menyebabkan kita kalah dan tenggelam oleh masalah yang kita hadapi.
Selalu juga kita temui orang-orang yang menghabiskan waktunya dengan keluhan, sehingga hari-harinya dia selalu merasa menjadi orang yang paling menderita didunia.
Padahal tidak!!

Allah SWT tidak akan memberikan cubaan diluar kemampuan hambaNya.
Lalu, kenapa kita harus takut dengan cubaan?!
Bukankah Allah Taala berfirman di dalam Al-Qur’an:
“…Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah.Al-Baqarah : 286)

Kalau sehingga detik ini kita masih boleh menjalani hidup ini, bererti kita telah mampu untuk melepasi fasa yang sebelumnya. Mungkin kita tidak menyedari, bahawa pada fasa yang sebelumnya kita merasa bahawa itu adalah akhir dari hidup ini. Namun buktinya sekarang kita boleh melupakannya.

Dan untuk menjadikan diri ini manusia pilihan, kita jangan pernah takut dengan cubaan..

Indah Penciptaan Adam Dan Hawa...

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak  dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Wednesday, July 13, 2011

sorotan mingguan....

yeahhh.... bertemu lagi kita pada kali ini... wahhhhh.. lamenye dah tak update blog ni... maklum la kan.. minggu ni giliran aku pulak shift pagi.. so agak tak ade mase la nak update blog ni... pergi keje pagi balik pulak dah pukul 8.30 sampai rumah,... memang tak boleh nak buat ape la kan..

mulakan pada hari isnin... turn masuk shift pagi... adehh.. pagi tu memang berat giler rrr nk bangun dari tilam yang empuk ni... nasib subuh kol tak hanyut kan... sampai opis partner shift mesej pulak yang die mc.. tak dapat datang... adehhh.. sensorang la aku hari ini... haaa... dah sensorang tu ape lagi la kan.. buat kepale sendiri laa...

keje pagi ambik cheklist satu kilang.. setel la dalam tengah hari... lepas tengah hari key in dalam sistem lak checklist tu dalam sistem.. petang tu dok la stanby dalam opis.. sampai manager pun pelik lalu berkate.. 'u tak ade kerje ke nak setel hari ini...?' lalu aku menjawab.. 'bos, hari ini saya sorang jek.. partner mc la...' dengan selambe.. haha... so bos membalas 'oohh ok..ook... u stanby opis je la macam tu..'

waaa... stanby la gamaknye sampai pukul 8 malam.... 

malam pulak overnite dengan my cayang.. hehe...

selase.... kerja macam biase pagi-pagi ambil checklist satu kilang... pas lunch lebih kurang pukul 3 buat la kerje sikit kat Lcd air compressor.. tiubing leaking.. kerje tak sampai 30 minit... siap.... pas siap standby kt opis lagi sampai kol 8 malam... pastu balik...

balik sampai rumah teros g main futsal... perghh... main futsal dengan budak-budak praktikel.. main sume stock nak laju... pancit-pancit.... balik main futsal awal lak.. 10.30 malam sampai rumah... adehh.. boringnye malam ni.. nak tido tak bole.. last-last kol 3 labih kot tido... disebabkan tak bole nak tido... adehhh....

rabu.... ini hari maa.... macam biase lagi kerje... checklist ohhh checklist.... tengah hari lepak-lepak... petang lepas lunch tu tak ade kerje.. tup-tup ada pulak kontraktor nak buat kerja... fuuhh.. nasib... ade la gak kerja nak wat... setel semua kerja kol 4... lepas tu naik opis standby sampai kol 8 lagi...

beginilah lumrah keje pagi.... wahaha... macam tak sanggup nak lalui pun ade.. walau pape pun anggap ianya satu cabaran... haha...

tiap-tiap hari yang berlalu rindu padanye.... -_^


Wednesday, July 6, 2011

orang gila?? sakitkah mereka..?

Pernahkah kita terfikir, kenapa orang gila selalu sihat? Tidak pernah kita melihat ada orang gila berguling di tepi jalan sakit batu karang,terhencut-hecut kaki kena gout, minum ubat batuk, memakai koyok atau bahkan sakit gigi sekalipun.

Jawapannya adalah KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!

1. Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan. Tidak seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari sate kambing. Sudah ada nasi lemak, masih mencari pizza, hotdog, dan lain sebagainya. Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan yang bermacam-macam. Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Malah nasi basi pun mereka makan, burger 2 hari pun OK lagi bak kata Nabil


Kedua, orang gila itu QANAAH. Mereka rasa bersyukur. Menerima apa pun pemberian Allah kepadanya. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak seperti kita. Sudah diberi basikal, masih minta motor. Sudah ada motor, masih minta kereta. Sudah ada kereta nak juga jeling MPV atau SUV. Rumah dah cantik, masih saja selalu merasa ada yang kurang. Akhirnya beli ini beli itu, renovate ini renovate itu. Akhirnya hutang sana sini untuk keperluan tersebut. Apabila ketika hutangnya sudah menggunung, jatuh sakitlah dia.

Orang gila itu entah ada pakaian ataupun tidak, mereka santai saja. Kalau mengantuk, ya tidur saja. Mereka tidak perlukan tikar, apalagi katil dan tilam empuk. Ada kan antara kita yang tidak boleh tidur di atas tikar. Kerana sudah terbiasa tidur di springbed. Malah ramai yang tak boleh tidur tanpa air-cond.

Orang gila jarang sakit juga adalah kerana mereka selalu berbahagia. Mereka kan kelihatan selalu tersenyum. Betul kan? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan tenteram. Everething is running well, semuanya berlalu dengan baik-baik saja. Tidak pernah ada masalah. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu sebagai hiburan yang menyenangkan. Sebab tu diaorang sentiasa tersenyum.

Kesimpulannya, kalau korang hendak selalu sihat jadilah “orang gila”. haha...

Maksud saya, hiduplah dengan Qanaah, kawal stress, control keinginan yang hendak bermacam-macam itu dan selalulah tersenyum. Mudah-mudahan korang selalu sihat!

..........................

yeahhh... berjumpa lagi.... sekali lagi hati aku di uji... walaupun terase tetap akan ku cuba untuk memaniskan keadaan... diri ku mengerti bukan salah mu dan tiada hak untuk aku menghalang terhadap apa jua sikap dan tingkah laku mu..

usahlah membiarkan perkara lama menghantui fikiran mu itu kerana apa yang terjadi sebenarnya adalah dijadikan panduan hidup di masa akan datang dan janganlah pula cuba engkau mencelarukan fikiran kamu itu disebabkan perkara yang lalu...

aku mengerti bahawa usia perkenalan kita tidaklah seagung perkanalan yang pernah kamu lalui sebelum ini, namun aku cuba untuk menjadi yang terbaik walaupun aku menyedari akan diri ku ini yang tidaklah sempurna dan tidak lah setanding yang dulu... namun bagi diriku tetap untuk mempertahankan kamu kerana apa yang kamu lalui dahulu adalah satu perhubungan yang tidak nampak masa depan... (maafkan saya jika terkasar bahasa....) namun itu lah hakikatnya....

bukan untuk menyalahkan keadaan atau sesiapa tetapi untuk kesedaran bersama agar dapat kita membina sebuah perhubungan yang matang seiring dengan usia kita yang sedang meningkat ke arah yang lebih penting pada masa akan datang..

janganlah engkau meributkan sarang fikiran mu itu untuk perkara yang lepas.. fokuskan apa yang sedang kamu lalui ini agar menjadi lebih baik untuk masa akan datang dan aku faham akan ceritera yang lepas.. tidak aku menyalahkan kamu dan tidak pula menyalahkan masa atau keadaan kerana itu semua adalah hak kamu dan tidak aku mempunyai kuasa untuk menghalang kamu.....




~ I Love You~

-_^

Tuesday, July 5, 2011

perasaan ohh perasaan....

susah pulak nak jadi normal balik bile diri ni dah isytiharkan hari berperasaan... adooii....
kenapa lah semua ini tak boleh kembali pada yang asal... kan elok bila da normal macam dulu...

biarlah nampak macam tak ade perasaan.. kan senang... daripada rasa ini datang dalam diri..
bile adenye hamba allah itu maka die pun datang.. sedangkan sebelum-sebelum ini hamba Allah itu ada jek untuk datang tapi aku tak ade lah nak rasa sampai macam ini...

addooiiiii.... tolonglah muhammad firdaus... tolong jangan di fikirkan sangat..

tapi bila tak difikirkan, perasaan ini akan datang balik.. semakin mendalam, menusuk dan segala me lagi laa..

kenapalah meraka ini tidak dapat menghormati keputusan kami ini.. bukan niat untuk menghalang tapi daripada sikap pun dah tahu yang hamba Allah ini tetap untuk mencuba walaupun tidak ditunjukkan pada mulut atau perkataan tapi ditunjukkan pada sikap melalui pertolongan..

yeahh.. aku akui diri aku tidak lah sehebat hamba Allah ini.... lau dari segi fizikal pun memang aku da kalah pun pada dia.. tapi mengapa die tidak paham dan tidak menghormati aku....

tolonglahhh... tolonglah perasaan ini pergi jauh-jauh...

dan kenapalah aku dijadi untuk susah marah orang tanpa bersebab... kadang-kadang terfikir gak kan bagus lau aku ini panas baran... senang.. sume bende yang tak suke cakap main lepas jek.....

tolonglah hormati aku sebagai kekasihnya.....


Monday, July 4, 2011

yeahhh.. berjumpa lagi kita pada hari ini... syukur kepada yang maha esa kerana diberi lagi nafas untuk ku pada hari ini... entri aku pada kali ini tak ade ape sangat pun.. cuma hari ini 5 julai 2011... maka genap sudahlah sebulan hubungan aku dengan si dia...

walaupun diri aku ini banyak kekurangannya namun aku sangat berterima kasih padanya kerana sudi menerima segala kelemahan yang ada pada diri ku ini.. walaupun diri aku ini tidak lah berapa romantikdan tidak la sebaik seperti beberapa teman mu sebelum ini, namun akan ku cuba untuk menjadi yang terbaik dalam diri mu...

akan ku cube sentiase memperbaiki diri dari semasa ke semasa untuk kematangan dalam perhubungan kita ini.. walaupun kadang kala tu terase jugak lah hati ini terhadap beberapa perkara namun berjaya aku menepis perasaan itu kerana aku sedar semua ini adalah perkara remeh.. tak perlu nak diperbesarkan.. biaselah kita manusia tidak lari dari perasaan cemburu dan sentiasa akan melakukan kesilapan..

namun semua itu akan mengajar kita erti kehidupan dan erti kamatangan dalam diri kita untuk menjadikan kita lebih baik pada masa-masa akan datang.. walaupun diri kita berbeza kerjaya seperti aku kerja malam dan kau pula kerja di siang hari namun tetap akan ku usahakan untuk meluangkan seketika waktu untuk kita bertemu jika berkesempatan..

akhir kata moga hubungan kita berkekalan sampai ke hujung masa dan bertambah sayang hendaknyea.... hehe...(tetibe terase malu pulak... wahaha...) 
 
~Peace yawrr~

~kamulah gadis yang baik pernah ku temui.~


Sunday, July 3, 2011

tak mampu kehilangan cinta...

Ketika  kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra. Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama. Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya. Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.
Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual  dengan mesranya. Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.

Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk. Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua. Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik. Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar. Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri. Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang. Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.
Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.

Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.
Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa. Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang. Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga. Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.
Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk  membina sebuah keluarga yang bahagia?
Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam? Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami. Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.

Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?
Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini. Kita memburu alat untuk mencapai matlamat. Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya. Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat. Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup. Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu. Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah. Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.
Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun. Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri? Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami? Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga? Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme. Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi. Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...
Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan. Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!
Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan. Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.  Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.

Hukum-Hukum Cinta

Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan. Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita. Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan. Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri. Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.
Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.

Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya. Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan. Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga. Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia. Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat. Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat. Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.

Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga. Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan. Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya. Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat. Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia. Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar. Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.

Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti. Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya! Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya. Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya. Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta. Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!

Ayuh Intai-Intai Semula

Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya? Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran... Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak? Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama. Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila? Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?
Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?

Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta? Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya? Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas  berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini. Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.
Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat  di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!

Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu. Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya? Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.
Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta. Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada? Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!

 Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut  senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
... rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah...
cinta kita  semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!