Saturday, May 7, 2011

Komen cikit.....

yeahhh.. terlebih dulu saya ingin mengucapkan tahniah pada diri saya atas berjaya memasuki premis vista point technology untuk menjadi sebahagian dari keluarga anda... 

seperti yang anda baru tahu minggu lepas merupakan minggu pertama saya mula bekerja selepas setahun berhempas pulas untuk menamatkan zaman diploma... walaupun tak segempak seperti kawan-kawan yang lain yang sudah ade degree namun aku tetap bersyukur kerana berjaya menghabiskan perjuanganku pada peringkat diploma.... (Insya-Allah... aminnn...)

tanggal 3 may 2011 saya telah melaporkan diri di bahagian HR vista point tepat pada pukul 8 pagi.. (sharp weyhh datang...) so macam biasa la kan bile da lapor diri pakaian mestila normal.. eh..eh.. formal.....


so setelah lapor diri terjumpalah anggota seangkatan denganku yang juga lapor diri pada hari itu juga... cuma membezakan aku dengannya adalah aku diletakkan pada bahagian fasiliti manakala beliau diletakkan di bahagian LCD....( penat cikit la bahagian ni keje..)

so permulaan aku diperkenalkan pada engineer ak yang bernama mr Eddy.. yo bro.. steady r bro... engineer paling sempoi kot pnh aku jumpe... so mr eddy pn membawa aku 'berjalan' di sekitar kilang untuk memperkenalkan bahagian-bahagian yang penting untuk kilang ini...

permulaan aku diperkenalkan D.I.R Water iaitu satu proses untuk membersihkan air dari syabas sehingga air itu menjadi Neutral ( bermaksud air itu tiada sepatah haram pun mikoorganisma yang ade dalam air tu..).. air ini di proses menggunakan reverse Osmosis... (giler rr.. aku ingat ke nabil raja lawak menbelasah jek cakap reverse osmosis tapi betul-betul ade kt dunia ni.. haha..) 

perjalan seterusnya aku diperkenalkan pula air buangan dari mesin iaitu dikenali sebagai waste water.. air ini akan dirawat sebelum dilepaskan ke longkang.. untuk menjaga saliran kita jugak la kan.. bagus-bagus kilang ini...

next step aku diperkenalkan dengan sebuah mesin diberi nama 'Chiller'.. gilerr rr.. menatang ape chiller ini.. langsung aku tak tau ape fungsinye.. so bila da diterangkan apa yang boleh aku ungkapkan mesin ini mengasingkan atau menghasilkan angin yang mempunyai suhu yang tertentu.. sebar mesin ini memang tah yah cakap laa.. lebih kurang besar gajah la mesin ini... overall penggunaanya menggunakan elektronik part.. huhh.. ketaq gak aku tengok mesin ni...

so next step lak aku dikenalkan dengan 'Cooling Tower'.... haaa... korang tau pe bende cooling tower ni..? mula-mula memang aku tak tau pe bende la menatang ni.. rupenye bende ini lah yang generate econ atau pun nama skemanya penghawa dingin kat dalam production tu.. so kalau production tu tak sejuk ke ape ke.. better check bende ni kan takot-takot lau tersumbat ke ape ke.. macam-macam faktor la ade...

perjalanan terakhir aku diperkenalkan pula pada 'Air Compressor'.. bende ini akan menghasilkan angin untuk di gunakan pada LCD production... so kalau bende ni down so agak payah la nak menjawab dengan manager lau dipersoalkan.. so bende ni memang tak boleh down.. memang kene monitor tiap-tiap waktu..





kat kilang aku ni ade dua bende jek dorang buat.. first dorang buat LCD untuk handphone-handphone yang korang pakai skang ni kan.. satu lagi produk dorang buat 'CM' iaitu 'Camera Module'.. CM ini camera yang bulat kecik yang ade kt kamera hp korang.. so departmant yang penting dalam kilang aku ni aku bole bagi pada department Camera Module.. nak tau kenape..? kerana deparment ni la yang banyak menghasilkan pengeluaran yang tinggi pada tiap-tiap minggu...

so ade banyak bende lagi yang dapat aku share kan pada korang.. tapi aku sendiri pun baru lagi kt citu so memang tak dapat la nak cite banyak-banyak bcoz aku sendiri pun tak tau macam-mana nak terangkan.. dalam erti kata lain saya budak baru belajar.... memang tak rugi aku amek tawaran ini.. harap di masa akan datang aku dapat memaster skill salah satu bidang yang ade dalam bidang fasiliti yang aku ceburi ini untuk dijadikan sebuah pengalaman kerja yang berharga untuk masa datang...

sekiann........ Fast 5 Terbaikkk wookkk!!!!

No comments:

Post a Comment