Friday, February 18, 2011

bingung....

mungkin bersahabat itu lebih baik daripada jadikan hubungan itu lebih serius lagi...

tersebutlah al-kisah...

seorang sahabat duduk bersendirian di tepi pantai pada pagi yang dingin... jam menunjukkan pukul 4.30 pagi.. biaselah bila dah duduk sensorang kat tepi pantai ni macam-macam perasaan yang datang.. paling sahabat itu merasakan perasaan memendamkan rasa... nak diluahkan pada tuan punye badan bimbang akan terjadi sesuatu pada masa akan datang..

lalu sahabat itu mengambil keputusan untuk terus, terus, dan terus memendamkan perasaan yang beliau rasa.. mungkin pada diri sahabat itu, lebih baik memendamkan perasaan itu daripada meluahkan.. bukan diri sahabat ini tidak berani meluahkan apa yang dirasainya. tetapi sahabat merasakan muungkin meluahkan perasaan itu akan mendatangkan keburukan pada tuan punye badan itu, tambah-tambah lagi tuan punye badan itu sudah mempunyai kekasih hati pilihan hatinya sendiri..

mungkin sahabat tidak mahu digelarkan perampas akibat dari perbuatannya itu. tapi bagaimana pula jika diri tuan punya badan itu sentiasa makan hati dengan pasangannya sekarang.. apakah sahabat perlu memberitahu pada tuan punye badan itu agar memberanikan diri untuk berbicara soal hubungan yang lebih serius pada pasangannya kini.. mungkin juga sahabat akan digelar batu api akibat daripada perbuatannya yang menyuruh tuan punye badan itu berbicara soal hubungannya pada pasangannya kini..

sahabat ini sudah penat untuk meluahkan perasaannya disebabkan beberapa kegagalan yang dialaminya dalam jalan percintaan ini.. hendak diluahkan pula sahabat merasa bimbang akan taraf pada tuan punye badan itu.. kini sahabat dalam kebingungan.. 

apakah yang harus dilakukan pada masa kini...??

mungkin sahabat perlu melupakan seketika pakah perasaan yang dialaminya pada masa kini.. atau mungkin juga sahabat sedar akan kekurangan diri yang memaksa sahabat mengambil keputusan untuk memendamkan rasa itu...

pernah juga sahabat memberi 'hint' pada tuan punye badan ini, tapi responnya agak melemahkan sahabat... mungkin juga tuan punye badan ini lebih menyayangi hubungan mereka yang menjangkau 3 tahun daripada terseksa makan hati pada setiap hari..

mungkin juga bak kate permulaan ayat tadi bahawa sahabat telah ditakdirkan sebagai kawan kepada tuan punye badan itu atau mungkin juga tuan punye badan itu lebih selesa menganggap sahabat ini sekadar teman atau sahabat di mata beliau...

tiba-tiba sahabat terjaga dari lamunan akibat daripada sapaan rakan karibnya. lalu terus sahabat berborak-borak dengan rakan karibnya yang baru sahaja menghabiskan berjalan-jalan di tepi pantai bersama dengan kekasih pilihan hatinya.. walaupun masih baru dalam perhubungan tetapi sahabat melihatnya terdapat masa depan antara mereka berdua. cume sahabat berharap mereka di beri masa untuk mengenali lebih mendalam lagi...


seronok melihat rakan sahabat ini bila mereka dalam keadaan gembira.. sahabat sangat senang hati apabila melihat rakan-rakan sahabat sentiasa berada dalam keadaan gembira...

-sekian dari sahabat-
pengalaman hidup seseorang itu mungkin akan dijadikan panduan untuk masa akan datang....


2 comments:

  1. jangan tipu tipu lagi...
    jangan pendam pendam lagi...
    hahaha

    ReplyDelete
  2. terus terang lebih senang dri berselindung,

    ReplyDelete