Saturday, February 12, 2011

Bila di ceritakan tentang Cinta....

Cinta... Pada mereka yang sedang melalui saat-saatnya pasti akan merasakan suatu perasaan yang tidak boleh digambarkan.. Apatah lagi pada mereka yang pada pertama kali merasainya...

Bila diperhatikan pada rakan-rakan yang sedang menyulam proses percintaan ada yang merasa bahagia, suka, sentiasa diambil berat dari macam-macam aspek... Tidak kurang juga pada mereka yang makan hati, terasa hati akibat dari cinta ini.. Bagaimana pula bagi mereka yang sedang dalam proses mengenal hati budi senang cite dalam proses (percubaan) la katekan..

Bagi saya, susah nak ungkapkan perkataan 'Cinta' ini.. adakah cinta ini datangnya secara paksaan? terpaksa?? ataupun pada keadaan?? ataupun lahir dari sudut hati yang ikhlas..??

Ada yang dalam keterpaksaan menerima cinta walau pada hakikatnya diri sendiri selalu disakiti, tidak diambil endah kadang-kala terasa macam barang.. Bila masa memerlukan sahaja akan digunakan dan bila bila masa senang seseorang itu terus lupa akan kekasih hatinya walaupun kekasih hatinya teros mempertahankan hubungan walau seringkali disakiti.. isshhh... memang terok kalau digambarkan....

Ada pula memanggil hubungan dalam percubaan.. macam mana agak-agaknya?? saya sendiri pun tidak mengerti bagaimana mahu ungkapkannya walau pada satu ketika sebelah pihak terlalu mengharap cinta ini dibalas dan sebelah pihak lagi lebih cenderung meluangkan masanya pada membe-membe.. pada masa yang sama menerima hubungan percubaan secara ikhlas atau sebab terpaksa?? ataupun sekadar menganggapnya sebagai 'alaa dalam proses percubaan pun.. wat pe nk caring sangat..' ermmm tepuk dada tanya lah diri sendiri.. bukan tepuk dada tanya selera.. kalau tanya selera pasti akan makan.. hahaha...

Diakui oleh saya sendiri, kadangkala cinta ini boleh membawa perubahan diri.. sama ada negetif atau positif itu terpulang pada tuan punya badan untuk memilihnya.. Tidak terkecuali juga pada mereka yang terlalu taksub pada cinta ini.. macam-macam hal kat dunia ni..

Apekah kita boleh mengambil kesempatan pada insan yang sering terluka hati, makan hati dengan pasangannya..? itu saya tidak pasti bagaimana pula.. takut-takut nanti kita pula akan di'cop' sebagai perampas oleh masyarakat walaupun pada hakikatnya hanya sebelah pihak saja yang berusaha untuk mempertahankan hubungannya walaupun sering disakiti..

Tidakkah pula bagi mereka yang akan datang secara tiba-tiba berasa bersalah akibat mengambil kesempatan atas kesilapan orang lain.. wow!!.. bertambah 'complicated' jadi hal ini.. ishh.. apekah akan terjadi 'love the way you lie'???

Apakah cinta ini akan datang dengan sendirinya?? atau kita mencari cinta?? atau kita akan mendapat cinta palsu?? atau akan terus melulukan jiwa apabila cinta seseorang itu terpaksa ditolak atas sebab-sebab tertentu..

Saban hari kita mengharap hari ini akan lebih baik dari esok.. Tetapi kadangkala 'cinta' ini membuat hari-hari kita bertambah luka dan mungkinkah akan cinta di masa hadapan..?

Bagi saya, kehidupan single ini memamg seronok kerana kita tidak terikat dengan apa-apa hal.. Tetapi sampai bila kita mampu bertahan dari hidup seorang diri.. Fitrah manusia yang berkeinginan untuk hidup berpasangan memang tidak dapat lari dari kehidupan...

Tiap manusia pasti akan ada kelemahan.. kelemahan itu boleh diperbaiki tetapi bagaimana pula dengan kekurangan diri..? Kekurangan yang belum pasti dapat diperbaiki yang sering menghantui kehidupan tidak kira hidup atau mati.. Takut-takut juga kekurangan ini akan memberikan kesan kepada sang pencinta ini yang mengharapkan terbaik dalam perhubungan walau hakikatnya diri terbatas untuk melakukannya...

Memang sukar untuk diungkapkan ayat di atas... mungkin disebabkan itu terdapat sesetengah pihak lebih suka mengambil sikap berdiam diri atau suka dalam hati tetapi tidak meluahkannya.. mungkin itu yang terbaik baginya..

Pada mereka yang sedang menyulam saat-saat bahagia diharapkan dapat diteruskan dengan sifat ikhlas dalam hati.. Pada sahabat-sahabat yang sedang bercinta, semoga korang semua bahagia hendaknya.....

1 comment:

  1. Cintailah Allah & Rosul...
    Kerana ia bukan cinta bertepuk sebelah tangan...
    Salam Maulidur Rosul...
    Semoga Persahabatan Kita Kekal Baik Hingga KeSyurga

    ReplyDelete