Saturday, February 12, 2011

airmata..........

Perpisahan..?? tetap akan berlaku samada atas kemahuan kita atau tidak. Kebanyak perpisahan yang berlaku atas kehendak sendiri. tapi kali ini entri saya ingin berkongsi bahawa perpisahan yang berlaku diiringi dengan harapan yang menggunung untuk anaknya berjaya.

Bagaiamana seorang ibu terpaksa merelakan pemergian anaknya untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh yang berada hampir 370km dari rumahnya...

Pada mulanya memang agak memilukan apabila seorang ibu berasa sayu untuk berpisah dengan anaknya buat kali pertama.Mungkin atas faktor perama kali berjauhan, seorang ibu mengalirkan air matanya apabila kenderaan yang dinaikinya akan meninggalkan anaknya itu apabila tiba masanya...

Si anak hanya menurutkan kata hati bahawa tidak lama pun berpisah.. dua tahun jek.. bagi si ibu pula untuk menghadapi dua tahun tu umpama suatu tempoh masa yang panjang.. oleh itu beberapa pesanan dan nasihat di berikan seorang ibu pada anaknya untuk menjadi bekalan apabila menghadapi kehidupan berasrama buat pertama kali..

Memang agak sukar bagi mereka yang tidak pernah tinggal berjauhan dari family dan tiba-tiba terpaksa melakukannya untuk mengejar cita-cita yang akan datang. Hari-hari yang berlalu pasti akan bersulam dengan panggilan talefon seorang anak untuk ibunya. Mungkin masih belum terbiasa untuk seorang anak itu berjauhan dari ibunya, namun itulah hakikatnya,

Melihat pada keadaan ibu itu, saya dapat merasakan apa yang ibu itu rasa. tambahan lagi itulah satu-satunya anak perempuan yang ada dalam keluarganya..

Pada mereka yang berjauhan dari keluarga, ingat-ingatlah pada mereka selagi mereka ada di dunia ini.. Berbuat baiklah pada mereka selagi mereka ada di dunia ini. Usahlah mengabaikan mereka ini, sebelum kita akan berasa terlambat di kemudian hari.

Untuk anaknya diiringi dengan doa dan harapan agar kejayaan dapat di kecapi di negeri orang.. Penuhilah cita-cita dahulu dan diikuti dengan cinta....

No comments:

Post a Comment