Saturday, January 29, 2011

pengalaman atau nasib...?

terdahulu di ucapkan tahniah pada pasukan kelantan kerana berjaya menjuarai piala sumbangsih di stadium shah alam.. pada penyokong kelanatan kejayaan ini bole dianggap manis kerana pasukan kelantan berjaya menjulang piala ini di stadium Shah Alam iaitu stadium keramat bagi pasukan Selangor... apa-apa pun semangat kesukanan harus ditunjukkan tidak kira pada yang menang atau kalah.. standert la tu Selangor kalah.. dah selalu sangat pemain-pemain Selangor angkat trofi.. ape kate bagi pulak pada pasukan yang belum lagi menang..



bagi pasukan kelantan pula, saya mengharapkan anda dapat merancakkan lagi persaingan Liga Super pada Tahun ini.. bagi cabaran pada pasukan Selangor atau pada mana-mana pasukan agar liga kita nampak seperti sedang meningkat seiring dengan kemenangan pasukan kebangsaan pada piala AFF SUZUKI baru-baru ini..

bagi pasukan Selangor pula, nampak sedikit pincang di bahagian penjaga gol dan tengah pada game malam tadi.. pada saya, posisi penjaga gol ini, perlu diletakkan seorang pamin yang berpengalaman untuk mengimbangi permainan yang pada masa sekarang lebih pada 'Total Football'. gandingan safiq rahim, amri yahya, hardi jaafar dan amirulhadi nampak kurang menyengat berbanding pamain tengah pasukan kelantan..

apa-apa pun ini baru permulaan liga.. jauh lagi perjalanan tiap-tiap pasukan untuk menilai tahap meraka pada masa ini.. persaingan liga lebih pada kutipan mata berbanding jaringan gol.. pasukan yang mampu mencatatkan lebih kemenangan lebih perluang untuk menjuarai Liga Super 2011 ini..

pada pasukan dan penyokong selangor jangan gabra, ini baru permulaan.. teruskan menyokong pasukan kita untuk masa hadapan agar pasukan kita akan mendapat piala yang lebih bermakna iaitu Piala Malaysia, Liga Super dan Pialan FA....


VIVA SELANGOR!!!.......

No comments:

Post a Comment