Wednesday, January 26, 2011

antara peluang dan perubahan...

Pagi khamis yang indah ini sambil menyaksikan para pekerja bangun pagi untuk pergi mencari rezeki di tempat kerja masing-masing. diri ku bangun pagi ini dengan penuh semangat kerana apa? kerana pada khamis ini ku telah di jemput untuk menhadirkan diri ke sesi temuduga juruteknik TT09 TNB di Port Diskson.. 

berdebar??

memanglah berdebar.. nak pergi menjual diri pada panel-panel TNB. Panel-panel tu pulak bukan calang-calang orang.. bagi diriku walau hebat macam mana pun panel tu, mereka tetap insan yang lemah. cuma membezakan ku dengan mereka ini, mereka ni pasti lah lebih berilmu atau lebih arif berkaitan dengan bidang elektrikal sedangkan diriku ni baru saje mahu memulakan langkah sebagai salah satu aset TNB (Insya-Allah) di suatu masa nanti...

apa yang ku harapkan nanti adalah jawapan yang lancar apabila ditanya soalan berkaitan elektrikal dan bidang-bidang berkaitan. semua persediaan telah ku lakukan sebelum sesi temuduga tu diadakan pada petang 27 januari 2010 ini. berharap segalanya berjalan lancar..

pada rakan seperjuangan yang sudah berada dalam komuniti TNB, diharap dapat mendoakan diriku juga akan berada di komuniti yang sama pada masa akan datang. 

pada rakan seperjuangan PTK'c diharap korang sumuanya tidak ambil hati apa yang telah 'drama queen' ini berlaku.. bukan niat nak menyakitkan hati tetapi sekadar gurauan untuk membe-membe.. hehehe...

Insay-Allah diriku akan melakukan yang terbaik pada petang ini bagi memenuhi keperluan masa hadapan ku.. pada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan pada ku, ucapan terima kasih dan segala tunjuk ajar dari kalian semua akan ku lakukannya seperti di rancang..

semoga diriku berada dalam senarai calon-calon yang  berjaya dalam sesi temuduga TNB ini.. amin..

i love TNB~~




2 comments:

  1. inshaAllah,
    bittaufiq wan najjah...

    ReplyDelete
  2. salam bro, boleh kongsi sikit x tips2 interview ni..sbb sy pon dpt interview tnb tt09 ni..harap dpt membantu..t. kasih

    ReplyDelete