Thursday, August 4, 2011

warkah untukmu......

Dalam perhubungan pasti ada pasang dan surutnya.. itu dah memang adat hidup di dunia ini... kita di dunia ini hanya mampu merancang sahaja.. tuhan yang menentukan segalanya.. walaubagaimanapun tanpa usaha yang gigih pun usaha kita tidak sampai kemana pun...

hadirnya dirimu melengkapi hidup ku yang sayu selama beberapa tahun.. Tidak pernah terlintas difikiran ku untuk menjadi dikau sebagai sebahagian daripada hidup ku walaupun kita baru saja bertemu kembali setelah beberapa tahun lamanya terpisah kerana adat yang berbeza....

sayang.. walaupun kini diriku terase sepi dikala kesunyian tetapi aku tetap bersyukur kerana bertemu dengan mu kerana hanya dirimu saja yang mampu membuatkan diriku berasa bahagia dan tiap langkah ku bersemangat tatkala bersamamu...

aku mengerti sejarah silam mu itu membuatkan dirimu lebih berhati-hati dalam perhubungan tapi percayalah.. akan ku cuba mempertahankan hubungan kita selagi tubuh ku bernyawa kerana diriku bukan mudah untuk menerima cinta atau mencari cinta yang baru.. pantang dalam diriku ada semangat mengalah sebelum berjuang kerana dalam dunia ini tidak mustahil akan berlaku apabila kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu...

sayangku... hanya engkau seorang sahaja yang berada di lubuk hatiku.. tiada dua,tiga dan empat... engkaulah satu-satunya... walaupun berat untuk diriku terima setelah apa kita bincangkan pada waktu itu, akan ku buktikan bahawa cintaku buatmu adalah satu... berilah diriku membuktikan yang aku juga mempu membahagiakan dirimu tidak seperti sejarah silam mu itu.. 

akan ku kejar dirimu sehingga ke hujung dunia walaupun terpaksa berdepan berdepan rintingan.. apa yang penting dalam perhubungan adalah kejujuran dan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi..

akhir kata walaupun diriku ini tidak sempurna seperti insan-insan lain, tapi percayalah... aku hanya ada kamu seorang saja di dunia ini... ambil masa dirimu untuk mengenali diriku seberapa lama dirimu perlu... diriku tidak berhak untuk membanding dirimu dengan mana-mana insan kerana cintaku pada mu hanya satu n tulus dari lubuk hatiku yang ikhlas..

~ ikhlas diriku mencintai dirimu ~

2 comments:

  1. romantik bro...
    aku pon ikhlas mencintaimu juga...
    kahkahkah

    ReplyDelete
  2. ahaks... mudah-mudahan dipermudakan segalanya... ^_^

    ReplyDelete