Monday, July 4, 2011

yeahhh.. berjumpa lagi kita pada hari ini... syukur kepada yang maha esa kerana diberi lagi nafas untuk ku pada hari ini... entri aku pada kali ini tak ade ape sangat pun.. cuma hari ini 5 julai 2011... maka genap sudahlah sebulan hubungan aku dengan si dia...

walaupun diri aku ini banyak kekurangannya namun aku sangat berterima kasih padanya kerana sudi menerima segala kelemahan yang ada pada diri ku ini.. walaupun diri aku ini tidak lah berapa romantikdan tidak la sebaik seperti beberapa teman mu sebelum ini, namun akan ku cuba untuk menjadi yang terbaik dalam diri mu...

akan ku cube sentiase memperbaiki diri dari semasa ke semasa untuk kematangan dalam perhubungan kita ini.. walaupun kadang kala tu terase jugak lah hati ini terhadap beberapa perkara namun berjaya aku menepis perasaan itu kerana aku sedar semua ini adalah perkara remeh.. tak perlu nak diperbesarkan.. biaselah kita manusia tidak lari dari perasaan cemburu dan sentiasa akan melakukan kesilapan..

namun semua itu akan mengajar kita erti kehidupan dan erti kamatangan dalam diri kita untuk menjadikan kita lebih baik pada masa-masa akan datang.. walaupun diri kita berbeza kerjaya seperti aku kerja malam dan kau pula kerja di siang hari namun tetap akan ku usahakan untuk meluangkan seketika waktu untuk kita bertemu jika berkesempatan..

akhir kata moga hubungan kita berkekalan sampai ke hujung masa dan bertambah sayang hendaknyea.... hehe...(tetibe terase malu pulak... wahaha...) 
 
~Peace yawrr~

~kamulah gadis yang baik pernah ku temui.~


3 comments:

  1. Alhamdulillah.. Amiin, mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa kamu.. Moga kebahagiaan itu akan berkekalan untuk selamanya.. :)

    ReplyDelete
  2. Kanda kerja malam
    Dinda kerja siang
    Jadi bila nak bertemu
    Tak perlu bertengkar
    Tak perlu bermasam muka

    ReplyDelete
  3. azs : amin.. mudah-mudahankan... tq 4 wish..

    alip : haha.. tau x pe.. lirik tu mcm kene sgt ngn ak kn..

    ReplyDelete