Wednesday, July 20, 2011

Dugaan.. Jangan Mengalah...

Ingatkah anda ketika baru pertama kali memasuki alam sekolah?!
Di hari pertama, berbagai perasaan bergelut di dalam benak dan fikiran kita..
..Antara cita-cita yang menggunung, bercampur dengan rasa cemas akan dunia baru yang akan kita masuki. Perasaan tersebut bertarung di dalam benak fikiran kita. Begitu juga dengan imaginasi keceriaan dunia baru, teman-teman baru, dan bayangan orang-orang asing yang bakal mengelilingi.
**

Perasaan yang hampir sama juga melanda perasaan para pencari kerja yang harus melewati temuduga atau para professional yang diminta ‘present’ laporan atau kerja mereka.
Itulah hidup, penuh dengan segala macam ujian, cubaan dan tentangan yang kerap dan sentiasa datang tak henti-henti. Hendak tak hendak, suka tidak suka, setiap manusia yang hidup harus menjalaninya.Ini kerana hidup merupakan perjuangan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Di negara barat, kita tidak akan menganggap pelik apabila anda mendapati orang-orang yang glamour, yang terkenal dan yang kemuncak karier yang menjulang, mengakhiri hidupnya dengan terjun gaya bebas dari tempat tinggi, mengambil dadah sehinga overdose dan sebagainya.
Atau di Jepun, negeri yang terkenal dengan semangat hidup yang pantang menyerah. Hingga saat ini masih mencatatkan rekod tertinggi kes bunuh diri yang sebahagian besar adalah para professional muda yang menjadikan kejayaan dan prestasi diatas segalanya. Mereka lebih memilih harakiri daripada menanggung perasaan malu.

Untuk lebih mengetahui berbagai tipikal orang yang menghadapi cubaan, silahkan kita datang ke hospital.

Disana kita akan menemui orang yang merintih menahan sakit, kerana tidak ingin segera mati. Kadang-kadang sebahagian dari mereka mencaci Tuhannya atas alasan ketidakadilan.
Namun ada juga di antara mereka yang tersenyum, meskipun kanser yang ganas sedang menyerang satu-persatu bahagian dari tubuhnya. Sebahagian dari pesakit tetap tegar, sabar, dan ikhlas menerima cubaan yang datang dari Allah SWT.

Mereka tahu bahawa inilah cara Allah SWT menguji makhlukNya. Mungkin juga Allah SWT menjanjikan kehidupan yang jauh lebih istimewa dibandingkan dengan kehidupan di dunia yang sudah semakin tua.
… atau ini adalah salah satu cara Allah SWT mengampuni dosanya.
Perhatikanlah firman Allah Taala di dalam Al-Qur’an:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah.Al-Ankabuut : 2).

Sahabat,
Bukankah para Nabi Allah selalu mendapatkan cubaan yang teramat berat sehingga dia boleh menjadi manusia-manusia pilihan di muka bumi ini?
Lihatlah Adam AS..tercampak dari SurgaNya Allah SWT atas kelalaiannya. Atau, pedihnya penderitaan Ayub A.S atas penyakit yang dideritanya. Atau, Nuh A.S yang selalu mendapat cacian dan hinaan dari umatnya. atau Ibrahim A.S yang harus rela menyembelih putera kesayangan yang dia nantikan kehadirannya bertahun-tahun.

Dan jangan pernah menganggap bahawa, kekayaan yang diberikan kepada Sulaiman A.S bukan merupakan cubaan. Juga kekacakan wajah yang dimiliki Yusuf A.S tidak akan dimintakan bertanggungjawab. Bahkan Rasulullah SAW juga mengalami hinaan, makian dan ancaman bunuh berkali-kali.

Dunia yang penuh dengan keindahan, juga menyimpan berbagai celah dan lubang ujian dimana setiap manusia yang hidup disitu harus melaluinya. Kelalaian yang menjadi sifat asas manusia, seringkali menyebabkan kita kalah dan tenggelam oleh masalah yang kita hadapi.
Selalu juga kita temui orang-orang yang menghabiskan waktunya dengan keluhan, sehingga hari-harinya dia selalu merasa menjadi orang yang paling menderita didunia.
Padahal tidak!!

Allah SWT tidak akan memberikan cubaan diluar kemampuan hambaNya.
Lalu, kenapa kita harus takut dengan cubaan?!
Bukankah Allah Taala berfirman di dalam Al-Qur’an:
“…Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah.Al-Baqarah : 286)

Kalau sehingga detik ini kita masih boleh menjalani hidup ini, bererti kita telah mampu untuk melepasi fasa yang sebelumnya. Mungkin kita tidak menyedari, bahawa pada fasa yang sebelumnya kita merasa bahawa itu adalah akhir dari hidup ini. Namun buktinya sekarang kita boleh melupakannya.

Dan untuk menjadikan diri ini manusia pilihan, kita jangan pernah takut dengan cubaan..

2 comments:

  1. yup.. kadang2, kita alpa seketika saat kekecewaan itu datang..namun, sbg org Islam, jgn putus asa.. Allah cuma ingin menguji kita sbg hamba-Nya.. moga, kita akn berjaya harungi kekecewaan itu dlm kematangan dan kesabaran.. Thanks En. Daus for this advice.. ^,^

    ReplyDelete
  2. yup2.. btl ape kate anda... dugaan dtg dan pergi.. setiap yg dtg passti ade hikmahnye.. ur welcome.. sekadar perkongsian untuk same2 mengamalkannya... ^_^

    ReplyDelete