Wednesday, February 15, 2012

sejenak.....

salam dan salam sejatera pada sahabat-sahabat...
rasanya lame ana tidak mengupdate blog ni...
maaflah kerana lately ni ana sibuk sikit...
pada sahabat-sahabat moga dipermudahkan segala urusuan dalam kehidupan seharian...

terdakang hidup ini tidak adil kerana kita terpaksa memilih satu antara dua daripada pilihan yang kita ada..
walaupun kadang-kadang pilihan yang datang itu bukan yang kita mahukan dalam kehidupan..
jadi apa yang kita harus lakukan jika dalam situasi itu..

nilai sebuah persahabatan akan bermakna dalam hidup kita apabila kita mengerti apa itu erti persahabatan...
sesungguhnya hidup akan sunyi tanpa sebuah persahabatan yang tercipta dan yang tercipta itu pasti akan menerbitkan bermacam drama untuk kita lalui dalam kehidupan.. susah,senang,pahit,manis, tawa dan sebagainya itu yang menjadi penguat dalam sesebuah persahabatan...

pengorbanan dalam kehidupan memang tidak dapat dipisahakan kerana melalui pengorbanan kita akan mungkin akan dapat apa yang mungkin kita hajati.. namun tidak semua pengorbanan akan diakhiri dengan kemanisan namun nak tak nak kita terpaksa menumpuh juga apa yang datang... pengorbanan boleh dilakukan dengan pelbagai cara... mungkin juga mengorbankan apa jua yang kita sayang dalam dunia ini untuk melihat kebahagiaannya... andai kata pengorbanan perlu dilakukan kite perlu bersedia untuk melakukannya walaupun itu bukan kehendak yang kita mahukan daripada kehidupan ini...


Wednesday, January 4, 2012

2012....

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera...
wahhh lamenye tak menaip di ruangan ini..
entri yang pertama di tahun 2012.. lebih manis lagi kerana harini adalah 5 hb Januari 2012..
Tarikh yang paling bermakna dalam hidup ku...

Januari..?
banyak benda yang boleh berlaku pada tahun ini..
tapi jalan cerita hidup aku... errmmm.. masih same lagi seperti tahun 2011...
masih menanti dan terus menanti apakah kesudahannya...
hanya tuhan saja yang mengerti rintihan hati ini...

tahun baru..? 
sambutan?? tak ade lah nak sambut sangat.. 
cume aktiviti tahun baru ni bertukar ke penang...
jauh tu jauh la jugak..


sebelum menempuh jambatan pulau pinang...
wahahha.. sampai sane motor pun kene bayar tol weyhh.. tapi tak ade lah mahal mane pun untuk motor..
cume kene bayar RM.1.20 jek...
pastu boleh lah korang lalu atas jambatan pulau pinang tu...


ni lah budak-budak sengal... sempat berposing atas jambatan pulau pinang jap, sebelum meneruskan perjalanan ke pulau...
nasib la tak ade yang jatuh laut mase ni.. wahahahaha...


haaa... tau menatang ape tak ni..?
bende ni mesti kene naik sebelum nak sampai ke puncak bukit bendera..
sekarang ni da laju weyyhhh tren ni.. tak ade lagi zaman terkedek-kedek nak naik tren ni sampai ke puncak..
tak sampai 10 minit korang da sampai ke puncak.. kelajuan tren ni nak sampai ke puncak ade dalam 40 Km/h... so memang gerun weyhh bile tren ni berselisih macam dalam gambar ni.. almaklumlah railnye satu jek.. so bile berpisah macam ni dalam kelajuan 40 Km/h tuhan jek yang tau perasaan tu.. hahahaha...


akhirnya sampai jugek di puncak bukit bendera.. wahaha.. nampak sangat muke ni muke penat.. biase la time-time ni waktu tido pun da tak betul.. tu pasal nampak muke tak bape nak berseri-seri... ( berseri-seri ke sebelum ni..? wahahahaha)

 so ni lah bangunan yang paling tinggi yang ade kat pulau pinang ni.. Kompleks Komtar.. Komtar ni memang terletak di tengah-tengah bandar penang... lau yang tak tau jalan tu redah jek macam aku.. mesti sampai punye walaupun makan mase cikit nak sampai.. wahahaha...

itu sajalah sempat saya jelajahi.. sebenarnya banyak lagi gambar.. tapi tak dayo aku nak upload sumenye..
ape yang paling penting adalah tarikh pada hari ini iaitu 5 Januari 2012.. semoga tarikh ini akan sentiase dinanti-nantikan di masa-masa akan datang... banyak kenangan tercipta sejak tarikh ini menjadi salah satu tarikah yang paling bernakna dalam hidup aku...

Moga 2012 menjadi tahun yang terbaik dalam hidup aku dan juga hidup anda...
pasangkan niat, kekalkan langkah, kuatkan semangat dan jalani hidup dengan aman...
all the best to friend in 2012 ~

Wednesday, November 30, 2011

63 Tips Hubungan kekal lama....

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan BELAIAN dan romance.
6. Murah dengan SENTUHAN.
7. Mencari KEBAIKAN pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi/berbual/ bergurau.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had/sempadan/hal-hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka — boleh TEGUR MENEGUR.
13. Berani mengambil risiko emosi — tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan membetulkan keutamaan (priority) dalam kehidupan.
15. Flexible/tolak ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira “gerak batin” (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kekadang tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa BERMAAFAN sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan HAK kepada pasangan.
28. Tidak menjadi HAMBA kepada pasangan.
29. Berubah secara kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian menang-menang.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semulajadi pasangan.
34. Memahami peranan “pasangan” (13 P).
35. Emotional intercourse.
36. Janga simpan ketidakpuasan/sedih/marah/ benci dalam hati.
37. Bentuk KOD-KOD kasih sayang yang anda 2 orang saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk memperbaiki hubungan suami isteri.
39. 7 kali puji dan 1 teguran.
40. Sebut “I Love You” all the time.
41. Banyakkan BERGURAU/BERMESRA.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku — SABAR.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan SALAHKAN pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat/pandangan/maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat — bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan daripada segi
-Mental/pendidikan/ilmu
- Emosi
-Fizikal/ekonomi
-Sosial
-Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa):
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza
- Pendapat/pandangan
- Hobi
- Kegemaran
- Makanan
- Citarasa
- Warna pilihan
- Dan sebagainya
56. Humor/lawak dari maxa ke masa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang/peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Redha/syukur/tawakkal kepada Allah s.w.t.
apa2 pun yg penting kita terima semua seadanya dan bersyukur dgn rahmat dan jodoh yg telah ditentukan olehNYA….
SEMOGA BAHAGIA SELAMANYA
AMIN….

Thursday, November 10, 2011

Nurkilan....

assalamualaikum... salam sejahtera pada sahabat-sahabat... rasenye da lame aku tak update blog ni.. terase diri macam sibuk la pulak.. padahal bukan buat pape pun kat rumah.. asik dok lepak jek... petang lak jogging... wahhh jogging tu... pdhal baru lari sikit dah nak terabut paru-paru aku...

rasanya hari ini 10 oktober 2011 genaplah dua bulan aku menjalani perubatan di institut perubatan respiratori kat KL... tapi sampai ke hari ini masih lagi tanda tanya pada status aku.. doktor dengan pakar pun tak dapat nak sahkan aku ni menghidapi penyakit ape... sampaikan aku terase diri ini di buat macam bola.. tak bole wat bahagian ini, tendang aku pergi bahagian lain pulak.. sampai aku pulak naik bosan dengan mereka-mereka ni.. nasib la ade nurse yang merangkap kakak angkat aku bagi support kat aku...

sampaikan kerjaya aku pun tergangu disebabkan aku nak mencari titik noktah pada masalah diri aku ini.. susah sangat ke mereka nak akui yang penyakit aku ni tak dapat dikesan dengan sains.. bila dah bagi kebenaran nak wat pembedahan, tak nak pulak buat... tau pulak banyak komplikasi bila buat pembedahan tu... tapi sampai bila lagi kan lau tak buat.. dah masuk bilik pembedahan boleh pulak keluar balik..

kan ke senang lau pakar cakap mereka tak boleh buat ape-ape kat aku.. dapat gak aku cari titik noktahnya yang sudah 7 tahun lamenye tertangguh..

bila aku fikir sensorang balik... aku ni ade masa depan ke lau berterusan macam ni..?? sedangkan TNB tu pun senang-senang jek tolak aku dari jawatan yang aku dapat.. apetah lagi kat tempat lainkan... tah-tah dorang tau jek keadaan aku yang macam ni terus dibuangnye aku... lagi-lagi kerja sekarang ni memerlukan kita untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum kita dapat jawatan tu kan... aku sedar aku macam mane... tidak semestinya diri aku macam ni korang terus jek buang aku... aku tak boleh buat kerja.. boleh jek buat kerja, tak ade masalah pun tapi belum pape korang dah 'reject' aku bulat-bulat macam ni..

yee aku tau... mane ade company nak rugi kan amek staf-stafnye macam aku.. nak tanggung sume kos-kos penyakit aku ni... aku sedar... tapi aku tak mengharapkan pun semua itu.. aku nak buktikan orang macam aku ni tak perlukan ihsan semua itu lau dorang paham ape yang aku nak.. tapi malangnya dorang tak paham.. sabarlah wahai hati...

kebelakangan ni pulak kilang aku memang dah drop.. memang nampak sangat dropnye sehinggakan 1 line dah tutup sebab dah tak ada barang nak test.. membe-membe sekerja ramai da plan nak amek vss... yelah kilang aku tu ramai lak orang-orang lama... so tah heran lak mereka dah plan dengan planing tu... tapi aku..?? kate kan lah betul ape yang aku cakap ini, kemane aku nak cari kerja.. lau kerja aku cari tu tak perlukan aku jalani pemeriksaan kesihatan memang selamat lah, tapi lau kene buat medical checkup?? tak ke kene buang awal-awal lagi.. sampai kan aku terase aku macam dipermainkan oleh pihak hospital...

so ade mase depan ke orang-orang macam aku ni..? aku nampak macam tak ade jek... nak tak nak kene survive jugak la idop ni walau banyak masalah yang menimpa... yang paling aku risau, takut tak dapat nak membahagiakan si dia yang aku sayangi... terima kasih aku ucapkan pada dia sebabnya die terima diri aku seadanya, banyak memberi semangat, dorongan pada aku, ambil berat pasal aku, buat aku bahagia tatkala aku memerlukan dia, sentiasa menyenangkan diri aku, paham dengan situasi aku.... terima kasih sangat-sangat... kasih sayang dia pada aku akan aku semaikan dalam jiwa aku selagi aku bernafas di muka bumi ini.. dalam erti kata lain aku sayang sangat-sangat kat dia melebihi dari nyawa aku sendiri... terima kasih pada dia menerima diri aku pada 5 jun 2011.... tarikh yang sangat bermakna dalam hidup aku..

tapi maafkan aku andai kata satu hari nanti aku terpaksa menyusahkan si dia atas masalah-masalah yang sedang menimpa aku.. aku tak nak dia pun terjebak sekali dengan masalah aku... aku nak die sentiase hidup bahagia andainya bukan aku di pengakhiran dia...
 


Friday, October 14, 2011

jangan padamkan mentari cinta.....

Bukan Laut namanya Jika tidak pernah berombak.. ♥
Bukan CINTA namanya Jika perasaan tidak pernah terluka.. ♥
Bukan KEKASIH namanya JIKA hatinya tidak pernah cemburu dan merindu.. ♥
Bukan SAYANG namanya JIKA kekasih tidak pernah menegur kesilapannya..♥
Bukan KASIH namanya JIKA anda tidak memberi perhatian pada NYA..♥

-- ♥ -- DIMANA ADA CINTA. DI SITU ADA KEHIDUPAN -- ♥
 
 

Thursday, October 13, 2011

sifat lelaki yang harus diketahui....

1. Bila si dia sibuk… … .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego… … . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia...
romantik… … .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran… … .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat… … . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri… … … Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong… .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba… … . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang… .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul… … Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat...
 

Tuesday, October 11, 2011

mentari hidup


jangan bersedih...

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat.


Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu ha...ri nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

^__^