Wednesday, March 9, 2011

projek.... ohh projek...

entri saya pada kali ini adalah projek akhir... mungkin bagi mereka yang merupakan pelajar kejuruteraan da biasa dengan projek-projek... dah name pun projek, mesti ada rasa seronok, beban macam-macam lagi laa...

tapi yang pentingnya ikhlas kah kita membuat projek itu..? bagaimana dengan diri saya...?

tidak dinafikan projek ini kadang-kala dirasakan beban oleh sesetengah pelajar. walaubagaimanapun, untuk mendapat sekeping diploma, degree atau master dan seangkatan dengannya, projek akhir tetap akan dijalankan walau dengan apa cara sekalipun.

nak tak nak terpaksa jua lah kita membuat walaupun dalam hati terasa beban yang amat sangat.

ikhlaskah anda...?

tepuk dada tanyalah pendapat masing-masing...

masing-masing ada cara tersendiri untuk mentafsirkan keadaannya. ikhlas ke tidak semuanya tuhan yang mengetahuinya.

cakap pasal modal.. ishhh..ishhh... paling ditakuti oleh para pelajar kejuruteraan. haha.. (mampuih ooo kalau projek gempak-gempak ini...) sah-sah la bajet dalam ribuan ringgit... bagi mereka yang dapat kumpulan 4 - 5 orang pastilah seronok kerana dapat berkongis bajet yang sedikit bagi mereka yang mempunyai kumpulan 2-3 orang...

paling biasa dilakukan bagi pelajar ialah stadi berkaitan projek pada last-last minit... tak student la kan lau kita stadi awal-awal... overnite hingga ke pagi .

pada pelajar-pelajar yang bakal membuat 'presentation  final project' diucapkan' selamat berjaya. semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang pada 'presentation' dan peperiksaan akhir..

~ good luck geng~

2 comments: